#BILIKGERAKAN
CUACA BERTAMBAH BAIK, BEBERAPA PPS DI SARAWAK DIJANGKA DITUTUP PETANG INI
KUCHING, 4 Jan: Keadaan banjir di Sarawak menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi semakin berkurang berikutan keadaan cuaca yang bertambah baik.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak, Mohtar Samat berkata, pada awalnya sebanyak 11 PPS dibuka sepanjang tempoh banjir, namun tiga PPS telah ditutup semalam, menjadikan hanya lapan PPS yang masih aktif setakat ini.
Menurutnya, hasil analisis cuaca serta penilaian lapangan yang dijalankan bersama beberapa agensi berkaitan mendapati keadaan banjir semakin pulih dan beberapa PPS lagi dijangka ditutup.
“Dengan penutupan tiga PPS semalam dan tiada PPS baharu dibuka, jumlah mangsa yang berada di PPS telah menurun kepada 943 orang daripada 1,347 orang sebelum ini dan 243 Ketua Isi Rumah (KIR) jika dibandingkan dengan 303 KIR sebelum ini,” katanya ketika dihubungi TVS.
Mohtar turut memaklumkan bahawa pada peringkat awal bencana, terdapat segelintir penduduk yang enggan berpindah atas faktor ingin menjaga harta benda, ketidakselesaan serta masalah kesihatan.
“Namun, atas nasihat dan pemantauan berterusan oleh APM bersama agensi lain, semua penduduk terlibat akhirnya berjaya dipindahkan demi keselamatan mereka.,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan yang berisiko agar sentiasa peka dengan maklumat cuaca terkini memandangkan amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) kini mudah diakses melalui televisyen, media sosial dan pelbagai platform media lain. – TVS
Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2026/01/04/cuaca-bertambah-baik-beberapa-pps-di-sarawak-dijangka-ditutup-petang-ini/
Dipetik daripada akhbar:
TVS
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Kuching
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0srNUFm5XFfQt5gbdAnXJ6sPgUBGKBWP8VWesUhtZnEaNfT2F4zczH6X6X2bLfbTXl