#BILIKGERAKAN

PENGUNJUNG PANTAI DINASI­HATI PATUHI ARAHAN PIHAK BERKUASA – APM PAHANG

KUANTAN: Pengunjung pantai di daerah ini, Pekan dan Rompin dinasihati mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak melakukan sebarang aktiviti air terutama mandi bagi mengelak kejadian tidak diingini sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam bin A. Rahman berkata, larangan disebabkan susulan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sehingga 6 Januari ini.

Katanya, sehubungan itu pengunjung terutama ibubapa yang membawa anak-anak supaya mengelak berada di tepi pantai.

“Berdasarkan laporan MetMalaysia, angin kencang antara 40 dan 60 kilometer sejam manakala ketinggian ombak antara tiga dan empat meter.

“Oleh itu, bagi mengelak daripada berlaku kejadian tidak diingini, sebarang aktiviti air di pantai tidak dilakukan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, anggota pasukan penyelamat pantai ditempatkan di beberapa pantai yang menjadi tumpuan ramai serta yang berisiko serta dilakukan pemantauan dari semasa ke semasa sepanjang MTL di daerah ini antaranya Pantai Cherating, Batu Hitam, Teluk Cempedak, Sepat manakala di Pekan pula Pantai Legenda dan Pantai Hiburan di Rompin.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.buletintv3.my/nasional/pengunjung-pantai-dinasihati-patuhi-arahan-pihak-berkuasa-apm-pahang/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri
APM Pahang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02bmw8QAFbQJPfAq7qjC9jPQ2hEmxh3VbqpNLSyV6TdgKXm5ukbJEj4hQPEQ8CLD24l
#BILIKGERAKAN PENGUNJUNG PANTAI DINASI­HATI PATUHI ARAHAN PIHAK BERKUASA – APM PAHANG KUANTAN: Pengunjung pantai di daerah ini, Pekan dan Rompin dinasihati mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak melakukan sebarang aktiviti air terutama mandi bagi mengelak kejadian tidak diingini sepanjang Monsun Timur Laut (MTL). Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam bin A. Rahman berkata, larangan disebabkan susulan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sehingga 6 Januari ini. Katanya, sehubungan itu pengunjung terutama ibubapa yang membawa anak-anak supaya mengelak berada di tepi pantai. “Berdasarkan laporan MetMalaysia, angin kencang antara 40 dan 60 kilometer sejam manakala ketinggian ombak antara tiga dan empat meter. “Oleh itu, bagi mengelak daripada berlaku kejadian tidak diingini, sebarang aktiviti air di pantai tidak dilakukan,” katanya di sini, hari ini. Katanya, anggota pasukan penyelamat pantai ditempatkan di beberapa pantai yang menjadi tumpuan ramai serta yang berisiko serta dilakukan pemantauan dari semasa ke semasa sepanjang MTL di daerah ini antaranya Pantai Cherating, Batu Hitam, Teluk Cempedak, Sepat manakala di Pekan pula Pantai Legenda dan Pantai Hiburan di Rompin. Berita selanjutnya di sini: https://www.buletintv3.my/nasional/pengunjung-pantai-dinasihati-patuhi-arahan-pihak-berkuasa-apm-pahang/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri APM Pahang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02bmw8QAFbQJPfAq7qjC9jPQ2hEmxh3VbqpNLSyV6TdgKXm5ukbJEj4hQPEQ8CLD24l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews