#BILIKGERAKAN

KERAJAAN JAMIN BEKALAN ASAS MANGSA BANJIR DI SARAWAK MENCUKUPI

KUCHING, 2 Jan: Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan keperluan asas bagi mangsa banjir di Sarawak berada pada tahap mencukupi hasil daripada kesiapsiagaan logistik bencana yang telah digerakkan lebih awal.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan mempunyai lapan depo utama simpanan keperluan bencana di seluruh negara, termasuk beberapa lokasi strategik di negeri Sarawak, bagi memastikan bekalan dapat disalurkan dengan pantas kepada mangsa terjejas.

Menurut beliau, pendekatan penggunaan depo hadapan serta mini depo kontena membolehkan stok makanan, minuman dan keperluan asas ditambah segera sebaik sahaja bekalan sedia ada dikeluarkan, sekali gus mengelakkan gangguan bantuan.

“Seperti kebanyakkan kita tahu sebelum ini, kita sudah mengadakan pendaftaran ke diri melalui MyIBJKM yang kita mulakan hari itu, kita rasmikan di Kuching dahulu.

“Ini sudah berjalan dengan lancar, dilaksanakan di seluruh negara bagi membolehkan semuanya dapat menggunakan kemudahan yang ada supaya tidak ada lagi komplain dari segi dia punya tuntutan,” katanya.-TVS

Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2026/01/02/kerajaan-jamin-bekalan-asas-mangsa-banjir-di-sarawak-mencukupi/

Dipetik daripada akhbar:
TVS

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Kuching

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid04eURLssd2XP66GqRTUengwoddbeawdKKBUXYCJvLdvR6vpF68QoGMuLTNEBdEnhxl
#BILIKGERAKAN KERAJAAN JAMIN BEKALAN ASAS MANGSA BANJIR DI SARAWAK MENCUKUPI KUCHING, 2 Jan: Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan keperluan asas bagi mangsa banjir di Sarawak berada pada tahap mencukupi hasil daripada kesiapsiagaan logistik bencana yang telah digerakkan lebih awal. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan mempunyai lapan depo utama simpanan keperluan bencana di seluruh negara, termasuk beberapa lokasi strategik di negeri Sarawak, bagi memastikan bekalan dapat disalurkan dengan pantas kepada mangsa terjejas. Menurut beliau, pendekatan penggunaan depo hadapan serta mini depo kontena membolehkan stok makanan, minuman dan keperluan asas ditambah segera sebaik sahaja bekalan sedia ada dikeluarkan, sekali gus mengelakkan gangguan bantuan. “Seperti kebanyakkan kita tahu sebelum ini, kita sudah mengadakan pendaftaran ke diri melalui MyIBJKM yang kita mulakan hari itu, kita rasmikan di Kuching dahulu. “Ini sudah berjalan dengan lancar, dilaksanakan di seluruh negara bagi membolehkan semuanya dapat menggunakan kemudahan yang ada supaya tidak ada lagi komplain dari segi dia punya tuntutan,” katanya.-TVS Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2026/01/02/kerajaan-jamin-bekalan-asas-mangsa-banjir-di-sarawak-mencukupi/ Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Kuching #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid04eURLssd2XP66GqRTUengwoddbeawdKKBUXYCJvLdvR6vpF68QoGMuLTNEBdEnhxl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews