#BILIKGERAKAN

MANGSA BANJIR DISERU HUBUNGI BILIK GERAKAN SEGERA

LAWAS, 2 Jan: Penduduk di kawasan terjejas banjir diingatkan agar mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh agensi berkaitan.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, penduduk yang terkesan juga perlu bertindak pantas dengan menghubungi bilik gerakan bencana daerah dan agensi terlibat bagi membolehkan usaha penyelamatan dilakukan segera.

“Utamakan nyawa dan keselamatan keluarga masing-masing terlebih dahulu dan pastikan kita mengikut arahan yang diberikan oleh agensi yang terlibat dalam operasi membantu mangsa-mangsa banjir.

“Kita juga mahu semua ketua kampung dan ketua masyarakat di kawasan terjejas banjir atau berisiko banjir untuk sentiasa berhubung dengan bilik gerakan bencana daerah atau pegawai yang bertanggungjawab untuk kita bantu,” katanya ketika ditemui media selepas melawat ke PPS Dewan Masyarakat Trusan dan SJK Chung Hwa Trusan petang ini.

Dalam lawatan itu, Henry turut menyampaikan sumbangan segera daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada kedua-dua PPS berkenaan.-TVS

Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2026/01/02/mangsa-banjir-diseru-hubungi-bilik-gerakan-segera/

Dipetik daripada akhbar:
TVS

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Apm Lawas

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid07EJvYwNQkTHNnFH3mjdGo1icF1TNAcKpjY3emyY5cgT2NFRErStQ3qB1FbztkC1Wl
#BILIKGERAKAN MANGSA BANJIR DISERU HUBUNGI BILIK GERAKAN SEGERA LAWAS, 2 Jan: Penduduk di kawasan terjejas banjir diingatkan agar mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh agensi berkaitan. Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, penduduk yang terkesan juga perlu bertindak pantas dengan menghubungi bilik gerakan bencana daerah dan agensi terlibat bagi membolehkan usaha penyelamatan dilakukan segera. “Utamakan nyawa dan keselamatan keluarga masing-masing terlebih dahulu dan pastikan kita mengikut arahan yang diberikan oleh agensi yang terlibat dalam operasi membantu mangsa-mangsa banjir. “Kita juga mahu semua ketua kampung dan ketua masyarakat di kawasan terjejas banjir atau berisiko banjir untuk sentiasa berhubung dengan bilik gerakan bencana daerah atau pegawai yang bertanggungjawab untuk kita bantu,” katanya ketika ditemui media selepas melawat ke PPS Dewan Masyarakat Trusan dan SJK Chung Hwa Trusan petang ini. Dalam lawatan itu, Henry turut menyampaikan sumbangan segera daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada kedua-dua PPS berkenaan.-TVS Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2026/01/02/mangsa-banjir-diseru-hubungi-bilik-gerakan-segera/ Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Apm Lawas #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid07EJvYwNQkTHNnFH3mjdGo1icF1TNAcKpjY3emyY5cgT2NFRErStQ3qB1FbztkC1Wl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews