#BILIKGERAKAN

13 KAMPUNG DILANDA BANJIR, BEAUFORT DIISYTIHAR KAWASAN BENCANA

BEAUFORT - Hujan lebat berterusan sejak Khamis menyebabkan 13 kampung di daerah ini terjejas akibat banjir manakala beberapa jalan turut ditenggelami air pada Jumaat.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah memaklumkan, hujan lebat yang berterusan di Keningau menyebabkan paras air Sungai Padas meningkat.

Katanya, bacaan paras Sungai Padas mencapai 9.37 meter iaitu melebihi paras bahaya 8.70 meter setakat jam 12 tengah hari Jumaat.

"Kawasan yang terjejas antaranya Kampung Batu 60, Kampung Binunuk, Kampung Bakalau, Kampung Bingkul, Kampung Lubak, Kampung Gumarit, Kampung Lago, Kampung Suasa, Kampung Koundo, Kampung Kukup, Kampung Kangsa dan Kampung Bangkalalak.

"Selain itu, sebanyak tujuh jalan ke perkampungan tersebut turut tidak dapat dilalui kerana dilimpahi air banjir namun sebahagiannya masih boleh dilalui dengan kenderaan tinggi," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun katanya, setakat ini belum ada sebarang operasi memindahkan penduduk dilakukan namun sebarang perkembangan mengenai keadaan banjir di daerah itu akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.sinarharian.com.my/article/762589/berita/semasa/13-kampung-dilanda-banjir-beaufort-diisytihar-kawasan-bencana

Dipetik daripada akhbar:
Sinar Harian

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
APM Beaufort

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02HKto7ezu5MVLi1Qv4rVQs1pdSJpKvuS5N1AyiVWL41vxDPKJpq6scHKCTZ68RyH7l
#BILIKGERAKAN 13 KAMPUNG DILANDA BANJIR, BEAUFORT DIISYTIHAR KAWASAN BENCANA BEAUFORT - Hujan lebat berterusan sejak Khamis menyebabkan 13 kampung di daerah ini terjejas akibat banjir manakala beberapa jalan turut ditenggelami air pada Jumaat. Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah memaklumkan, hujan lebat yang berterusan di Keningau menyebabkan paras air Sungai Padas meningkat. Katanya, bacaan paras Sungai Padas mencapai 9.37 meter iaitu melebihi paras bahaya 8.70 meter setakat jam 12 tengah hari Jumaat. "Kawasan yang terjejas antaranya Kampung Batu 60, Kampung Binunuk, Kampung Bakalau, Kampung Bingkul, Kampung Lubak, Kampung Gumarit, Kampung Lago, Kampung Suasa, Kampung Koundo, Kampung Kukup, Kampung Kangsa dan Kampung Bangkalalak. "Selain itu, sebanyak tujuh jalan ke perkampungan tersebut turut tidak dapat dilalui kerana dilimpahi air banjir namun sebahagiannya masih boleh dilalui dengan kenderaan tinggi," katanya dalam kenyataan. Bagaimanapun katanya, setakat ini belum ada sebarang operasi memindahkan penduduk dilakukan namun sebarang perkembangan mengenai keadaan banjir di daerah itu akan dimaklumkan dari masa ke masa. Berita selanjutnya di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/762589/berita/semasa/13-kampung-dilanda-banjir-beaufort-diisytihar-kawasan-bencana Dipetik daripada akhbar: Sinar Harian Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah APM Beaufort #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02HKto7ezu5MVLi1Qv4rVQs1pdSJpKvuS5N1AyiVWL41vxDPKJpq6scHKCTZ68RyH7l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews