#BILIKGERAKAN

SATU LAGI PPS DIBUKA DI KOTA SAMARAHAN, KINI LAPAN PPS AKTIF DI SARAWAK

KOTA SAMARAHAN: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Suarah Kota Samarahan petang ini susulan banjir yang menjejaskan penduduk Kampung Plaie.

Menurut laporan awal Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan, PPS berkenaan mula beroperasi pada jam 4 petang dan sehingga jam 5.20 petang, seramai tiga Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 13 mangsa telah didaftarkan masuk ke pusat berkenaan.

Kesemua mangsa dipindahkan dari Kampung Plaie, membabitkan pelbagai peringkat umur termasuk seorang warga emas wanita, enam orang dewasa, empat kanak-kanak serta dua bayi.

Pecahan mangsa menunjukkan empat lelaki dan dua wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan, manakala dua bayi perempuan turut dipindahkan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

PPS Dewan Suarah Kota Samarahan menjadi PPS terbaharu dibuka di Sarawak setakat jam 6 petang, 1 Januari 2026, susulan banjir yang melanda beberapa kawasan rendah di negeri ini.

Menurut Laporan Bencana Negeri Sarawak, pembukaan PPS tersebut menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang kini beroperasi di seluruh Sarawak meningkat kepada lapan.

APM Negeri Sarawak memaklumkan operasi pemantauan dan pengurusan PPS diteruskan dengan kerjasama semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa terjejas sentiasa terjamin, dengan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Berita selanjutnya di sini:
https://suarasarawak.my/satu-lagi-pps-dibuka-di-kota-samarahan-kini-lapan-pps-aktif-di-sarawak/

Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Samarahan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Hd3EnErQzRYU5hSmVAGK2yikrLLS4HW1GCo9Ps4BsqsGm46Ap68aiGEFwjMU4GMzl
#BILIKGERAKAN SATU LAGI PPS DIBUKA DI KOTA SAMARAHAN, KINI LAPAN PPS AKTIF DI SARAWAK KOTA SAMARAHAN: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Suarah Kota Samarahan petang ini susulan banjir yang menjejaskan penduduk Kampung Plaie. Menurut laporan awal Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan, PPS berkenaan mula beroperasi pada jam 4 petang dan sehingga jam 5.20 petang, seramai tiga Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 13 mangsa telah didaftarkan masuk ke pusat berkenaan. Kesemua mangsa dipindahkan dari Kampung Plaie, membabitkan pelbagai peringkat umur termasuk seorang warga emas wanita, enam orang dewasa, empat kanak-kanak serta dua bayi. Pecahan mangsa menunjukkan empat lelaki dan dua wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan, manakala dua bayi perempuan turut dipindahkan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. PPS Dewan Suarah Kota Samarahan menjadi PPS terbaharu dibuka di Sarawak setakat jam 6 petang, 1 Januari 2026, susulan banjir yang melanda beberapa kawasan rendah di negeri ini. Menurut Laporan Bencana Negeri Sarawak, pembukaan PPS tersebut menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang kini beroperasi di seluruh Sarawak meningkat kepada lapan. APM Negeri Sarawak memaklumkan operasi pemantauan dan pengurusan PPS diteruskan dengan kerjasama semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa terjejas sentiasa terjamin, dengan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/satu-lagi-pps-dibuka-di-kota-samarahan-kini-lapan-pps-aktif-di-sarawak/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Samarahan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Hd3EnErQzRYU5hSmVAGK2yikrLLS4HW1GCo9Ps4BsqsGm46Ap68aiGEFwjMU4GMzl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews