#BILIKGERAKAN
APM SARAWAK UTAMAKAN TINDAKAN AWAL PEMINDAHAN MANGSA BANJIR
KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak mengutamakan tindakan awal pemindahan mangsa sebagai langkah mengurangkan risiko serta impak banjir, sekali gus memastikan keselamatan orang awam.
Pengarah APM Negeri Sarawak, Mohtar Samat berkata, tindakan itu dilakukan berdasarkan maklumat dan amaran cuaca awal daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) sejak semalam yang menjangkakan hujan lebat dan kemungkinan banjir berlaku lebih awal daripada ramalan.
“Pendekatan kita adalah pemindahan awal. Apabila maklumat awal diterima, anggota sudah bersedia di lapangan dan penduduk dipindahkan sebelum paras air meningkat ke tahap berbahaya,” katanya.
Menurut beliau, seramai lebih 200 anggota APM digerakkan melibatkan kawasan Kuching, Bau dan Serian bagi melaksanakan operasi pemindahan, termasuk di kawasan berisiko tinggi serta lokasi yang menerima hujan lebat berterusan.
“Kebanyakan mangsa telah dipindahkan lebih awal, malah sebelum air pasang. Operasi pemindahan dilaksanakan dari rumah ke rumah dan keadaan keseluruhannya adalah terkawal serta tidak terlalu teruk,” jelasnya.
Tambahnya, MET Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di kawasan Kuching, sekali gus mendorong APM menambah kekuatan anggota di lapangan bagi memastikan pemantauan berterusan dan tindakan pantas dapat diambil.
Dari segi logistik, APM berada dalam keadaan bersedia dengan lori, bot dan jaket keselamatan mencukupi, khususnya di kawasan tumpuan seperti Sinar Budi, Stapok dan Rantau Panjang, katanya.
Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusanborneo.com.my/2025/12/31/apm-sarawak-utamakan-tindakan-awal-pemindahan-mangsa-banjir
Dipetik daripada akhbar:
Utusan Borneo Online
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ak65XZCMvaxShGv7QHF7QKMHn2b3sioE3v3dLHQrktcEbdELJNzdf1yDK9YR3DqAl