#BILIKGERAKAN

DUA PPS DIBUKA DI KUCHING, SITUASI BANJIR SARAWAK TERKAWAL

KUCHING, 31 Dis: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Kuching susulan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan rendah di bandar raya ini, namun situasi keseluruhan di Sarawak setakat ini dilaporkan masih terkawal, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak, Mohtar Samat.

Mohtar berkata dua PPS yang beroperasi ketika ini ialah PPS Stapok dan PPS Sinar Budi Baru, bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat kenaikan paras air.

Menurut beliau, seramai 199 mangsa kini ditempatkan di PPS Stapok, manakala 181 mangsa lagi dipindahkan ke PPS Sinar Budi, melibatkan penduduk kampung berdekatan yang terkesan dengan limpahan air.

“Setakat ini, hanya dua PPS dibuka dan keadaan masih terkawal di kawasan lain di Sarawak, hujan tidak begitu lebat dan paras air dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Mohtar memaklumkan, pihak APM bersama agensi berkaitan masih meneruskan pemantauan dan rondaan secara berterusan, khususnya di kawasan berisiko bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin sekiranya berlaku perubahan cuaca atau peningkatan paras air secara mendadak.

Mohtar turut menjelaskan kebanyakan penduduk berpindah secara sukarela hasil nasihat awal yang diberikan oleh pihak berkuasa, khususnya dengan bantuan pihak polis, sebelum keadaan menjadi lebih berbahaya.

Beliau menegaskan APM Sarawak akan terus bersiap siaga dan mengambil langkah awal bagi memastikan keselamatan nyawa menjadi keutamaan, sambil menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan maklumat rasmi dan arahan pihak berkuasa. -TVS

Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2025/12/31/dua-pps-dibuka-di-kuching-situasi-banjir-sarawak-terkawal/

Dipetik daripada akhbar:
TVS

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0V8eCmc5yPEG5QZResHXLxYf5vi6pwDDhqkPsx2Yh9sHkcvmin7uBFrPLmgMDDhKZl
#BILIKGERAKAN DUA PPS DIBUKA DI KUCHING, SITUASI BANJIR SARAWAK TERKAWAL KUCHING, 31 Dis: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Kuching susulan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan rendah di bandar raya ini, namun situasi keseluruhan di Sarawak setakat ini dilaporkan masih terkawal, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak, Mohtar Samat. Mohtar berkata dua PPS yang beroperasi ketika ini ialah PPS Stapok dan PPS Sinar Budi Baru, bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat kenaikan paras air. Menurut beliau, seramai 199 mangsa kini ditempatkan di PPS Stapok, manakala 181 mangsa lagi dipindahkan ke PPS Sinar Budi, melibatkan penduduk kampung berdekatan yang terkesan dengan limpahan air. “Setakat ini, hanya dua PPS dibuka dan keadaan masih terkawal di kawasan lain di Sarawak, hujan tidak begitu lebat dan paras air dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini. Mohtar memaklumkan, pihak APM bersama agensi berkaitan masih meneruskan pemantauan dan rondaan secara berterusan, khususnya di kawasan berisiko bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin sekiranya berlaku perubahan cuaca atau peningkatan paras air secara mendadak. Mohtar turut menjelaskan kebanyakan penduduk berpindah secara sukarela hasil nasihat awal yang diberikan oleh pihak berkuasa, khususnya dengan bantuan pihak polis, sebelum keadaan menjadi lebih berbahaya. Beliau menegaskan APM Sarawak akan terus bersiap siaga dan mengambil langkah awal bagi memastikan keselamatan nyawa menjadi keutamaan, sambil menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan maklumat rasmi dan arahan pihak berkuasa. -TVS Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2025/12/31/dua-pps-dibuka-di-kuching-situasi-banjir-sarawak-terkawal/ Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0V8eCmc5yPEG5QZResHXLxYf5vi6pwDDhqkPsx2Yh9sHkcvmin7uBFrPLmgMDDhKZl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews