#BILIKGERAKAN
PENGALAMAN BANJIR JADIKAN PENDUDUK LEBIH BERSEDIA
KUCHING: Pengalaman berdepan banjir sebelum ini menjadikan penduduk di kampung yang terjejas lebih bersedia, apabila langkah pemindahan awal dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama penuh komuniti setempat.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak, Mohtar Samat berkata, bagi kawasan yang sering terjejas banjir, penduduk sudah memahami keperluan untuk berpindah lebih awal demi keselamatan bersama.
“Bagi saya, di kawasan yang biasa terjejas banjir, kita tidak berdepan masalah dari segi kerjasama kerana penduduk faham arahan yang diberikan dan memberikan kerjasama penuh untuk berpindah awal tanpa merumitkan keadaan.
“Kerjasama erat ketua kampung juga membantu APM mendapatkan maklumat awal, sekali gus membolehkan tindakan persediaan dan pemindahan dilakukan dengan lebih terancang,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan R, Piang Kampung Sinar Budi Baru, di sini, hari ini.
Mohtar berkata, susulan hujan lebat yang melanda Kuching sejak malam semalam hingga pagi ini, dua PPS dibuka di Sinar Budi dan Stapok bagi menempatkan penduduk terjejas serta golongan berisiko.
“APM Negeri Sarawak mengambil pendekatan pemindahan awal susulan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) sejak semalam, yang menjangkakan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan.
“Sehubungan itu, kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana situasi cuaca boleh berubah lebih awal daripada jangkaan,” katanya.
Beliau berkata, pemindahan yang dilakukan setakat ini melibatkan jumlah mangsa yang kecil, termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), manakala selebihnya melibatkan pemindahan awal bagi mengelakkan kesukaran sekiranya banjir besar berlaku.
Berita selanjutnya di sini:
https://suarasarawak.my/pengalaman-banjir-jadikan-penduduk-lebih-bersedia/
Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02pShXui7HUL7d8u26ekj8FVA663DoGD5M1B6RqDE9rNPxKXYhFjZT4VDBLJNW96VVl