#OPERASI

MUJUR TERSEDAR ADA KING COBRA DALAM RUMAH

Sik: "Jarak ular tedung selar itu dengan adik ipar saya agak dekat. Mujur dia perasan selepas terdengar dengusan kuat di atas alang kayu bumbung rumah," kata Hafisyah Ishak, 35.

Hafisyah berkata, alang rumah ibunya yang terletak bersebelahan rumahnya di Kampung Charok Kit itu agak rendah dan bunyi dengusan ular tedung selar atau King Cobra itu terlalu jelas.

Katanya, ketika itu adik iparnya yang berusia 39 tahun itu hendak makan nasi di dapur pada jam 6.40 petang semalam.

"Saya terus hubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik dan memaklumkan kejadian itu kepada mereka kerana bimbang ular itu akan jatuh ke bawah dan masuk ke dalam rumah, " katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan seekor ular di kediamannya di kampung terbabit, semalam.

Beliau berkata, sepasukan anggota APM Daerah Sik yang diketuai Sarjan (PA) Done Bakar bersama empat anggota menghadiri kes berkenaan dan mendapati seekor ular spesis tedung selar (King Cobra) berada di alang dapur rumah pengadu.

"Tindakan pantas pasukan APM berjaya menjerut reptilia berbisa berkenaan menggunakan peralatan khas.

"Reptilia berkenaan dianggarkan sepanjang lebih dua meter dan berat enam kilogram dibawa ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), " katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1305628/mujur-tersedar-ada-king-cobra-dalam-rumah

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah
APM Daerah SIK

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0PfiPsTr1FionGPEFyYv4zaVMegT7vcXjZ2dUJSzC49zTy45hi85jxL9EUmoQC9RCl
#OPERASI MUJUR TERSEDAR ADA KING COBRA DALAM RUMAH Sik: "Jarak ular tedung selar itu dengan adik ipar saya agak dekat. Mujur dia perasan selepas terdengar dengusan kuat di atas alang kayu bumbung rumah," kata Hafisyah Ishak, 35. Hafisyah berkata, alang rumah ibunya yang terletak bersebelahan rumahnya di Kampung Charok Kit itu agak rendah dan bunyi dengusan ular tedung selar atau King Cobra itu terlalu jelas. Katanya, ketika itu adik iparnya yang berusia 39 tahun itu hendak makan nasi di dapur pada jam 6.40 petang semalam. "Saya terus hubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik dan memaklumkan kejadian itu kepada mereka kerana bimbang ular itu akan jatuh ke bawah dan masuk ke dalam rumah, " katanya ketika dihubungi, hari ini. Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan seekor ular di kediamannya di kampung terbabit, semalam. Beliau berkata, sepasukan anggota APM Daerah Sik yang diketuai Sarjan (PA) Done Bakar bersama empat anggota menghadiri kes berkenaan dan mendapati seekor ular spesis tedung selar (King Cobra) berada di alang dapur rumah pengadu. "Tindakan pantas pasukan APM berjaya menjerut reptilia berbisa berkenaan menggunakan peralatan khas. "Reptilia berkenaan dianggarkan sepanjang lebih dua meter dan berat enam kilogram dibawa ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), " katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1305628/mujur-tersedar-ada-king-cobra-dalam-rumah Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah APM Daerah SIK #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0PfiPsTr1FionGPEFyYv4zaVMegT7vcXjZ2dUJSzC49zTy45hi85jxL9EUmoQC9RCl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews