#BILIKGERAKAN

BANJIR DI JOHOR SEMAKIN PULIH, HANYA 111 MANGSA DI PPS

SEGAMAT, 31 Dis: Situasi banjir di daerah ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 111 orang setakat jam 1 tengah hari tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata kesemua mangsa melibatkan 34 keluarga yang berasal dari tiga buah kampung terjejas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, kampung berkenaan ialah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Serdang dan Kampung Paya Lebar.

“Mangsa kini ditempatkan di empat PPS iaitu Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak, Dewan Serbaguna Kampung Tasek, Balai Raya Kampung Sanglang serta Balai Raya Kampung Paya Lebar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Asman memaklumkan sebanyak lapan batang sungai di empat daerah masih mencatatkan paras bahaya.

Katanya, sungai terlibat ialah Sungai Muar di Segamat; Sungai Muar dan Sungai Kesang di Tangkak; Sungai Punggai di Kota Tinggi serta Sungai Muar di daerah Muar.

Selain itu, beliau turut memaklumkan kejadian cerun runtuh dilaporkan berlaku di Felda Tenggaroh 3, Mersing, manakala banjir turut menjejaskan Jalan Putting di Segamat. Jambatan Kesang di Sungai Rambai, Tangkak pula dilaporkan mengalami keretakan. – TVS

Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2025/12/31/banjir-di-johor-semakin-pulih-hanya-111-mangsa-di-pps/

Dipetik daripada akhbar:
TVS

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Angkatan Pertahanan Awam Daerah Segamat

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0dkH76oztgBKtE1qZqQ9EEDDX9SN2JqiiJRpES4BurHqm1d7xwTe3f3G1Fi9FUVZLl
#BILIKGERAKAN BANJIR DI JOHOR SEMAKIN PULIH, HANYA 111 MANGSA DI PPS SEGAMAT, 31 Dis: Situasi banjir di daerah ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 111 orang setakat jam 1 tengah hari tadi. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata kesemua mangsa melibatkan 34 keluarga yang berasal dari tiga buah kampung terjejas. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, kampung berkenaan ialah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Serdang dan Kampung Paya Lebar. “Mangsa kini ditempatkan di empat PPS iaitu Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak, Dewan Serbaguna Kampung Tasek, Balai Raya Kampung Sanglang serta Balai Raya Kampung Paya Lebar,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Dalam perkembangan lain, Asman memaklumkan sebanyak lapan batang sungai di empat daerah masih mencatatkan paras bahaya. Katanya, sungai terlibat ialah Sungai Muar di Segamat; Sungai Muar dan Sungai Kesang di Tangkak; Sungai Punggai di Kota Tinggi serta Sungai Muar di daerah Muar. Selain itu, beliau turut memaklumkan kejadian cerun runtuh dilaporkan berlaku di Felda Tenggaroh 3, Mersing, manakala banjir turut menjejaskan Jalan Putting di Segamat. Jambatan Kesang di Sungai Rambai, Tangkak pula dilaporkan mengalami keretakan. – TVS Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2025/12/31/banjir-di-johor-semakin-pulih-hanya-111-mangsa-di-pps/ Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor Angkatan Pertahanan Awam Daerah Segamat #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0dkH76oztgBKtE1qZqQ9EEDDX9SN2JqiiJRpES4BurHqm1d7xwTe3f3G1Fi9FUVZLl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews