#LATIHAN

315 RONDAAN MTL DILAKSANA, APM MATU TINGKAT KESIAPSIAGAAN HADAPI BANJIR

MATU: Sepanjang November dan Disember tahun ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Matu melaksanakan sebanyak 315 Siri Pemantauan Monsun Timur Laut (MTL) di Daerah Matu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Kapten (PA) Azamsah Apearal berkata, rondaan berterusan itu dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan penduduk setempat sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

“Sehubungan itu, bagi mengekalkan kesiapsiagaan, seramai 100 anggota APM Daerah Matu kini berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana, khususnya banjir serta kejadian berkaitan cuaca buruk sepanjang tempoh MTL,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan APM Daerah Matu sempena persediaan menghadapi MTL musim 2025/2026 yang berlangsung di sini, semalam.

Terdahulu, bagi tempoh bermula 2 November hingga 27 Disember 2025, anggota APM Daerah Matu telah melaksanakan sebanyak 315 pemantauan, di samping rondaan ke 11 kampung sekitar Daerah Matu.

“Aktiviti tinjauan dan rondaan akan diteruskan secara berjadual selaras dengan ramalan cuaca serta perkembangan semasa bagi memastikan tahap kesiapsiagaan kekal optimum,” ujarnya.

Pada perhimpunan tersebut, Azamsah turut menyampaikan sijil penghargaan kepada beberapa anggota APM Matu yang menunjukkan prestasi cemerlang serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepanjang tempoh pemantauan MTL.

Beliau menjelaskan bahawa perhimpunan seumpama itu mencerminkan komitmen berterusan APM Daerah Matu dalam memastikan keselamatan komuniti setempat sentiasa terpelihara.

Berita selanjutnya di sini:
https://suarasarawak.my/315-rondaan-mtl-dilaksana-apm-matu-tingkat-kesiapsiagaan-hadapi-banjir/

Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Apm Matu

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02vVGJ9WSwNmMgSJpb6b8nemoTeWZc1tFUzXK9tzHmruX1sMws5dgrLgGakGCmgrYnl
#LATIHAN 315 RONDAAN MTL DILAKSANA, APM MATU TINGKAT KESIAPSIAGAAN HADAPI BANJIR MATU: Sepanjang November dan Disember tahun ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Matu melaksanakan sebanyak 315 Siri Pemantauan Monsun Timur Laut (MTL) di Daerah Matu. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Kapten (PA) Azamsah Apearal berkata, rondaan berterusan itu dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan penduduk setempat sentiasa berada dalam keadaan terkawal. “Sehubungan itu, bagi mengekalkan kesiapsiagaan, seramai 100 anggota APM Daerah Matu kini berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana, khususnya banjir serta kejadian berkaitan cuaca buruk sepanjang tempoh MTL,” katanya. Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan APM Daerah Matu sempena persediaan menghadapi MTL musim 2025/2026 yang berlangsung di sini, semalam. Terdahulu, bagi tempoh bermula 2 November hingga 27 Disember 2025, anggota APM Daerah Matu telah melaksanakan sebanyak 315 pemantauan, di samping rondaan ke 11 kampung sekitar Daerah Matu. “Aktiviti tinjauan dan rondaan akan diteruskan secara berjadual selaras dengan ramalan cuaca serta perkembangan semasa bagi memastikan tahap kesiapsiagaan kekal optimum,” ujarnya. Pada perhimpunan tersebut, Azamsah turut menyampaikan sijil penghargaan kepada beberapa anggota APM Matu yang menunjukkan prestasi cemerlang serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepanjang tempoh pemantauan MTL. Beliau menjelaskan bahawa perhimpunan seumpama itu mencerminkan komitmen berterusan APM Daerah Matu dalam memastikan keselamatan komuniti setempat sentiasa terpelihara. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/315-rondaan-mtl-dilaksana-apm-matu-tingkat-kesiapsiagaan-hadapi-banjir/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Apm Matu #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02vVGJ9WSwNmMgSJpb6b8nemoTeWZc1tFUzXK9tzHmruX1sMws5dgrLgGakGCmgrYnl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews