#BILIKGERAKAN

SELANGAU TERPUTUS HUBUNGAN: JALAN NANGA TAMIN MASIH TENGGELAM

SELANGAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau memaklumkan Jalan Sekara menuju ke Nanga Tamin masih ditenggelami air setakat tengah hari tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, keadaan itu menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Hasil tinjauan pasukan kami mendapati paras air di laluan berkenaan direkodkan sekitar 0.45 hingga 1.2 meter di atas kawasan jalan yang rendah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, tinjauan APM Selangau di beberapa lokasi di sekitar pesisiran Sungai Batang Oya turut merekodkan tahap paras air yang berbeza mengikut kawasan.

Menurutnya, paras air di kawasan Tebingan Sungai Batang Oya menunjukkan trend menurun, manakala tiada limpahan air direkodkan di Jalan Tabalong menuju ke Sungai Alat.

Sementara itu, Jalan Nanga Tamin Lorong 4 (Simpang Rumah Lesia) mencatatkan paras air sekitar 0.27 hingga 0.30 meter di atas permukaan jalan, manakala paras air di kawasan Rumah Lesia, Sungai Sekara berada pada paras buku lali.

“Kami juga mendapati faktor paras sungai di hulu Sungai Batang Oya yang beransur surut menyebabkan kawasan rendah di pesisiran hilir sungai tersebut dinaiki air,” katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://suarasarawak.my/selangau-terputus-hubungan-jalan-nanga-tamin-masih-tenggelam/

Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Selangau

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid098W7oRu1UQSaXN19916av5cc7fHpr7cxSBG5mo1fNtjh1mdZjsCKPFNM473uY9t7l
#BILIKGERAKAN SELANGAU TERPUTUS HUBUNGAN: JALAN NANGA TAMIN MASIH TENGGELAM SELANGAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau memaklumkan Jalan Sekara menuju ke Nanga Tamin masih ditenggelami air setakat tengah hari tadi. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, keadaan itu menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan. “Hasil tinjauan pasukan kami mendapati paras air di laluan berkenaan direkodkan sekitar 0.45 hingga 1.2 meter di atas kawasan jalan yang rendah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. Tambah beliau, tinjauan APM Selangau di beberapa lokasi di sekitar pesisiran Sungai Batang Oya turut merekodkan tahap paras air yang berbeza mengikut kawasan. Menurutnya, paras air di kawasan Tebingan Sungai Batang Oya menunjukkan trend menurun, manakala tiada limpahan air direkodkan di Jalan Tabalong menuju ke Sungai Alat. Sementara itu, Jalan Nanga Tamin Lorong 4 (Simpang Rumah Lesia) mencatatkan paras air sekitar 0.27 hingga 0.30 meter di atas permukaan jalan, manakala paras air di kawasan Rumah Lesia, Sungai Sekara berada pada paras buku lali. “Kami juga mendapati faktor paras sungai di hulu Sungai Batang Oya yang beransur surut menyebabkan kawasan rendah di pesisiran hilir sungai tersebut dinaiki air,” katanya. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/selangau-terputus-hubungan-jalan-nanga-tamin-masih-tenggelam/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Selangau #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid098W7oRu1UQSaXN19916av5cc7fHpr7cxSBG5mo1fNtjh1mdZjsCKPFNM473uY9t7l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews