#BILIKGERAKAN

APM MATU PERKUKUH TAHAP KESIAPSIAGAAN HADAPI BANJIR

MUKAH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Matu terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir menerusi pemantauan rapi kawasan berisiko, pemeriksaan harian aset serta pengurusan anggota yang berdisiplin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Kapten (PA) Azamsah Apearal berkata, langkah berterusan itu penting bagi memastikan setiap keperluan operasi berada dalam keadaan bersedia dan boleh digerakkan pada bila-bila masa.

Menurut beliau, anggota APM secara konsisten menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan yang dikenal pasti mudah dilanda banjir di sekitar daerah Matu, khususnya di penempatan penduduk berhampiran tebing sungai dan kawasan rendah.

“Pemantauan ini bertujuan mengesan sebarang perubahan paras air lebih awal serta membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Azamsah berkata pemeriksaan harian terhadap kenderaan operasi dan logistik turut dilaksanakan bagi memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik serta berfungsi sepenuhnya.

“Setiap hari anggota akan memeriksa kenderaan, peralatan menyelamat dan logistik bagi memastikan semuanya boleh digunakan dengan segera apabila diperlukan,” ujarnya.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusanborneo.com.my/2025/12/28/apm-matu-perkukuh-tahap-kesiapsiagaan-hadapi-banjir

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Borneo Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Apm Matu

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02DTo3bnHN4b9Svpp8yavg9qNzrJJ9tkKrGYmN6D4AVqdW57WQrCV2GPD53M7sWjrgl
#BILIKGERAKAN APM MATU PERKUKUH TAHAP KESIAPSIAGAAN HADAPI BANJIR MUKAH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Matu terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir menerusi pemantauan rapi kawasan berisiko, pemeriksaan harian aset serta pengurusan anggota yang berdisiplin. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Kapten (PA) Azamsah Apearal berkata, langkah berterusan itu penting bagi memastikan setiap keperluan operasi berada dalam keadaan bersedia dan boleh digerakkan pada bila-bila masa. Menurut beliau, anggota APM secara konsisten menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan yang dikenal pasti mudah dilanda banjir di sekitar daerah Matu, khususnya di penempatan penduduk berhampiran tebing sungai dan kawasan rendah. “Pemantauan ini bertujuan mengesan sebarang perubahan paras air lebih awal serta membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu, Azamsah berkata pemeriksaan harian terhadap kenderaan operasi dan logistik turut dilaksanakan bagi memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik serta berfungsi sepenuhnya. “Setiap hari anggota akan memeriksa kenderaan, peralatan menyelamat dan logistik bagi memastikan semuanya boleh digunakan dengan segera apabila diperlukan,” ujarnya. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2025/12/28/apm-matu-perkukuh-tahap-kesiapsiagaan-hadapi-banjir Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Apm Matu #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02DTo3bnHN4b9Svpp8yavg9qNzrJJ9tkKrGYmN6D4AVqdW57WQrCV2GPD53M7sWjrgl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews