#OPERASI

ANAK BUAYA TERSESAT DI KAWASAN RUMAH PENDUDUK BERJAYA DITANGKAP

LAWAS: Seekor anak buaya yang tersesat di kawasan rumah penduduk berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lawas malam Khamis.

Pegawai APM Daerah Lawas Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.30 malam daripada penduduk yang mendakwa menemui buaya di atas jalan di rumah terbabit.

Katanya sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi yang sejauh 29 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).

“Reptilia itu dipercayai tersesat sebelum ditemui penduduk di kawasan terbabit yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak APM.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati anak buaya berada di sebelah rumah penduduk dan berpotensi mengancam keselamatan penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan operasi telah berjaya menangkap anak buaya tersebut menggunakan teknik menjerut dengan selamat dan terkawal.

Operasi tersebut telah ditamatkan pada jam 9.48 malam.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusanborneo.com.my/2025/12/26/anak-buaya-tersesat-di-kawasan-rumah-penduduk-berjaya-ditangkap

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Borneo Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Apm Lawas

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0WLRiwsirmogTTLANyE3C4sFCRBvD3VxuQp9RzGwvLkgWr4i3ZH1YMkFqRhswvTEgl
#OPERASI ANAK BUAYA TERSESAT DI KAWASAN RUMAH PENDUDUK BERJAYA DITANGKAP LAWAS: Seekor anak buaya yang tersesat di kawasan rumah penduduk berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lawas malam Khamis. Pegawai APM Daerah Lawas Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.30 malam daripada penduduk yang mendakwa menemui buaya di atas jalan di rumah terbabit. Katanya sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi yang sejauh 29 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD). “Reptilia itu dipercayai tersesat sebelum ditemui penduduk di kawasan terbabit yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak APM. “Setibanya di lokasi, pasukan mendapati anak buaya berada di sebelah rumah penduduk dan berpotensi mengancam keselamatan penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, pasukan operasi telah berjaya menangkap anak buaya tersebut menggunakan teknik menjerut dengan selamat dan terkawal. Operasi tersebut telah ditamatkan pada jam 9.48 malam. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2025/12/26/anak-buaya-tersesat-di-kawasan-rumah-penduduk-berjaya-ditangkap Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Apm Lawas #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0WLRiwsirmogTTLANyE3C4sFCRBvD3VxuQp9RzGwvLkgWr4i3ZH1YMkFqRhswvTEgl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews