#BILIKGERAKAN

KEADAAN BANJIR DI SELANGAU MASIH TERKAWAL

SELANGAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau terus menjalankan pemantauan rapi di kawasan berisiko dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda daerah itu.

Pemantauan yang dilaksanakan pagi tadi melibatkan beberapa lokasi di persisiran Sungai Batang Oya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, hasil tinjauan mendapati paras air di Jambatan Sungai Batang Oya menunjukkan trend penurunan.

Menurutnya, Jalan Tabalong menuju ke Sungai Alat pula dinaiki air setakat paras buku lali di kawasan jalan rendah.

“Paras air di Jalan Nanga Tamin Lorong 4 (Simpang Rumah Lesia) dianggarkan kira-kira 0.35 meter, manakala kawasan Rumah Lesia, Sungai Sekara mencatatkan paras antara 0.17 hingga 0.20 meter di kawasan serta jalan rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, Jalan Sekara menuju ke Nanga Tamin masih dinaiki air dengan paras antara 0.27 hingga satu meter di kawasan jalan rendah, sekali gus menyebabkan laluan tersebut tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan setakat ini.

“Hasil tinjauan turut mendapati kawasan dan jalan rendah di sekitar Rumah Lesia dinaiki air, namun keadaan itu masih belum menjejaskan struktur kediaman penduduk.

“Kebanyakan penduduk di kawasan hilir Sungai Batang Oya menggunakan perahu sebagai pengangkutan alternatif melalui sungai berkenaan untuk ke Pekan Stapang,” katanya.

Beliau menegaskan semua penduduk serta rumah panjang di sepanjang tebing Sungai Batang Oya tidak terjejas dan keadaan di lokasi masih terkawal.

Berita selanjutnya di sini:
https://suarasarawak.my/keadaan-banjir-di-selangau-masih-terkawal/

Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Selangau

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid031h7zDgY1PYaMzhbKCoVmJbYrXLykHj2uZtwFNB4CeNpPqnrFgPB8Jfxquo23F9pWl
#BILIKGERAKAN KEADAAN BANJIR DI SELANGAU MASIH TERKAWAL SELANGAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau terus menjalankan pemantauan rapi di kawasan berisiko dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda daerah itu. Pemantauan yang dilaksanakan pagi tadi melibatkan beberapa lokasi di persisiran Sungai Batang Oya. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, hasil tinjauan mendapati paras air di Jambatan Sungai Batang Oya menunjukkan trend penurunan. Menurutnya, Jalan Tabalong menuju ke Sungai Alat pula dinaiki air setakat paras buku lali di kawasan jalan rendah. “Paras air di Jalan Nanga Tamin Lorong 4 (Simpang Rumah Lesia) dianggarkan kira-kira 0.35 meter, manakala kawasan Rumah Lesia, Sungai Sekara mencatatkan paras antara 0.17 hingga 0.20 meter di kawasan serta jalan rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau menambah, Jalan Sekara menuju ke Nanga Tamin masih dinaiki air dengan paras antara 0.27 hingga satu meter di kawasan jalan rendah, sekali gus menyebabkan laluan tersebut tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan setakat ini. “Hasil tinjauan turut mendapati kawasan dan jalan rendah di sekitar Rumah Lesia dinaiki air, namun keadaan itu masih belum menjejaskan struktur kediaman penduduk. “Kebanyakan penduduk di kawasan hilir Sungai Batang Oya menggunakan perahu sebagai pengangkutan alternatif melalui sungai berkenaan untuk ke Pekan Stapang,” katanya. Beliau menegaskan semua penduduk serta rumah panjang di sepanjang tebing Sungai Batang Oya tidak terjejas dan keadaan di lokasi masih terkawal. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/keadaan-banjir-di-selangau-masih-terkawal/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Selangau #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid031h7zDgY1PYaMzhbKCoVmJbYrXLykHj2uZtwFNB4CeNpPqnrFgPB8Jfxquo23F9pWl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews