#BILIKGERAKAN

MANGSA BANJIR TERENGGANU MENINGKAT 468 ORANG

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 468 mangsa daripada 116 keluarga membabitkan tiga daerah iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun.

Mereka kini berlindung di empat pusat pemindahan sementara di ketiga-tiga daerah terbabit.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, Kuala Nerus menjadi daerah paling terjejas membabitkan 372 mangsa daripada 91 keluarga.

“Kesemua mangsa tersebut berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot.

“Seramai 83 mangsa daripada 23 keluarga pula berada di PPS SK Chendering, Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu, PPS Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan, Dungun pula mempunyai 13 mangsa daripada dua keluarga.

Beliau berkata, pemantauan sedang diadakan memandangkan hujan masih turun di beberapa kawasan di Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Berita selanjutnya di sini:
https://www.kosmo.com.my/2025/12/27/mangsa-banjir-terengganu-meningkat-468-orang/

Dipetik daripada akhbar:
Kosmo Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Terengganu

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0yGgFy3Cu6nqUdR18BqXj2cEwdbt8qL1wBhwMfaE2cDNE6AV38E87rjmXRyWtbxA3l
#BILIKGERAKAN MANGSA BANJIR TERENGGANU MENINGKAT 468 ORANG KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 468 mangsa daripada 116 keluarga membabitkan tiga daerah iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun. Mereka kini berlindung di empat pusat pemindahan sementara di ketiga-tiga daerah terbabit. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, Kuala Nerus menjadi daerah paling terjejas membabitkan 372 mangsa daripada 91 keluarga. “Kesemua mangsa tersebut berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot. “Seramai 83 mangsa daripada 23 keluarga pula berada di PPS SK Chendering, Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini. Menurut jurucakap itu, PPS Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan, Dungun pula mempunyai 13 mangsa daripada dua keluarga. Beliau berkata, pemantauan sedang diadakan memandangkan hujan masih turun di beberapa kawasan di Terengganu. – KOSMO! ONLINE Berita selanjutnya di sini: https://www.kosmo.com.my/2025/12/27/mangsa-banjir-terengganu-meningkat-468-orang/ Dipetik daripada akhbar: Kosmo Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Terengganu #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0yGgFy3Cu6nqUdR18BqXj2cEwdbt8qL1wBhwMfaE2cDNE6AV38E87rjmXRyWtbxA3l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews