#OPERASI

ULAR TEDUNG SELAR 4.5 METER TERBANTUT NAK ‘BAHAM’ ULAR SAWA

KUALA PILAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Pilah berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepanjang 4.5 meter yang bersembunyi dalam rimbunan pokok pandan di Kampung Parit, di sini hari ini.

Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Leftenan (PA) Azlina Ahmad Fuazi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang, pihaknya menerima laporan awam menyatakan terdapat seekor ular tedung selar sedang mengejar mangsanya iaitu seekor ular sawa liar.

“Ular berkenaan masuk ke dalam rumpun pokok pandan yang merimbun. Kejadian itu telah mengejutkan penduduk lalu segera menghubungi APM.

“Seramai empat anggota APM yang diketuai Sarjan (PA) Zulfakhri Zulkarnain tiba di lokasi kejadian dan mendapati terdapat seekor ular tedung selar dengan anggaran berat 12 kilogram berada dalam rumpun pokok pandan.

“Ular tedung selar itu bertindak agresif dan mahu masuk ke longkang sebelum berjaya ditangkap oleh anggota APM dengan menggunakan penyepit,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Katanya, ular sawa berkenaan ‘terselamat’ daripada menjadi makanan ular tedung selar sebelum anggota APM tiba di lokasi.

Tambahnya, ular tedung selar itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Berita selanjutnya di sini:
https://www.kosmo.com.my/2025/12/26/ular-tedung-selar-4-5-meter-terbantut-nak-baham-ular-sawa/

Dipetik daripada akhbar:
Kosmo Online

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan
Apm Kuala Pilah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Qau7rvm9XsQHSCXM8WdpzzXxnB7pMSZnwjW6PKoVjagkAt3868YGUt4i8eGJbbCQl
#OPERASI ULAR TEDUNG SELAR 4.5 METER TERBANTUT NAK ‘BAHAM’ ULAR SAWA KUALA PILAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Pilah berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepanjang 4.5 meter yang bersembunyi dalam rimbunan pokok pandan di Kampung Parit, di sini hari ini. Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Leftenan (PA) Azlina Ahmad Fuazi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang, pihaknya menerima laporan awam menyatakan terdapat seekor ular tedung selar sedang mengejar mangsanya iaitu seekor ular sawa liar. “Ular berkenaan masuk ke dalam rumpun pokok pandan yang merimbun. Kejadian itu telah mengejutkan penduduk lalu segera menghubungi APM. “Seramai empat anggota APM yang diketuai Sarjan (PA) Zulfakhri Zulkarnain tiba di lokasi kejadian dan mendapati terdapat seekor ular tedung selar dengan anggaran berat 12 kilogram berada dalam rumpun pokok pandan. “Ular tedung selar itu bertindak agresif dan mahu masuk ke longkang sebelum berjaya ditangkap oleh anggota APM dengan menggunakan penyepit,” katanya kepada Kosmo! hari ini. Katanya, ular sawa berkenaan ‘terselamat’ daripada menjadi makanan ular tedung selar sebelum anggota APM tiba di lokasi. Tambahnya, ular tedung selar itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE Berita selanjutnya di sini: https://www.kosmo.com.my/2025/12/26/ular-tedung-selar-4-5-meter-terbantut-nak-baham-ular-sawa/ Dipetik daripada akhbar: Kosmo Online Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan Apm Kuala Pilah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Qau7rvm9XsQHSCXM8WdpzzXxnB7pMSZnwjW6PKoVjagkAt3868YGUt4i8eGJbbCQl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews