#ASPIRASI

ANGGOTA APM RAIH PINGAT GANGSA SUKAN SEA DIANUGERAHI SIJIL KEPUJIAN

Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif, atlet olahraga negara dan anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun, Terengganu, dianugerahkan Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya APM atas kejayaannya meraih pingat gangsa dalam acara 110 meter lari berpagar pada Sukan SEA Thailand 2025.

Majlis penganugerahan sijil disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Mohammad Abiddin Abd Rahman, di Ibu Pejabat APM, Kajang. Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya merupakan penghargaan tertinggi APM bagi individu yang memberikan sumbangan luar biasa serta mengharumkan nama organisasi dan negara. Penerima turut menerima emblem dan lencana khas sebagai simbol penghormatan.

Dalam aksi final 110m lari berpagar yang berlangsung di Stadium Suphachalasai, Bangkok pada 12 Disember, Mohamad Armin mencatatkan masa 13.85 saat, di belakang Tolentino John Christopher dari Filipina yang merangkul emas, manakala Ang Chen Xiang dari Singapura meraih perak. Kejayaan Mohamad Armin Zahryl bukan sahaja membanggakan negara, malah mencerminkan semangat juang tinggi sebagai seorang warga APM. -- BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://newswav.com/article/anggota-apm-raih-pingat-gangsa-sukan-sea-dianugerahi-sijil-kepujian-A2512_TMoc7Z

Dipetik daripada akhbar:
Newswav

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Terengganu
APM Daerah Dungun

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02GhJpSXXJESiVd7qby3KbSEAxqebCZXgC2iMJSaTS2A6Jjxw8hjvvKXSgoKMXof7al
#ASPIRASI ANGGOTA APM RAIH PINGAT GANGSA SUKAN SEA DIANUGERAHI SIJIL KEPUJIAN Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif, atlet olahraga negara dan anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun, Terengganu, dianugerahkan Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya APM atas kejayaannya meraih pingat gangsa dalam acara 110 meter lari berpagar pada Sukan SEA Thailand 2025. Majlis penganugerahan sijil disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Mohammad Abiddin Abd Rahman, di Ibu Pejabat APM, Kajang. Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya merupakan penghargaan tertinggi APM bagi individu yang memberikan sumbangan luar biasa serta mengharumkan nama organisasi dan negara. Penerima turut menerima emblem dan lencana khas sebagai simbol penghormatan. Dalam aksi final 110m lari berpagar yang berlangsung di Stadium Suphachalasai, Bangkok pada 12 Disember, Mohamad Armin mencatatkan masa 13.85 saat, di belakang Tolentino John Christopher dari Filipina yang merangkul emas, manakala Ang Chen Xiang dari Singapura meraih perak. Kejayaan Mohamad Armin Zahryl bukan sahaja membanggakan negara, malah mencerminkan semangat juang tinggi sebagai seorang warga APM. -- BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://newswav.com/article/anggota-apm-raih-pingat-gangsa-sukan-sea-dianugerahi-sijil-kepujian-A2512_TMoc7Z Dipetik daripada akhbar: Newswav Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Terengganu APM Daerah Dungun #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02GhJpSXXJESiVd7qby3KbSEAxqebCZXgC2iMJSaTS2A6Jjxw8hjvvKXSgoKMXof7al
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews