#ASPIRASI

ANGGOTA APM RAIH PINGAT SUKAN SEA DIANUGERAH SIJIL KEPUJIAN KETUA PESURUHJAYA

KUALA TERENGGANU, 23 Dis (Bernama) -- Atlet olahraga negara Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif dianugerahkan Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas kejayaannya memenangi pingat gangsa dalam acara 110 meter (m) lari berpagar di Sukan SEA Thailand 2025 baru-baru ini.

APM dalam kenyataan memaklumkan kejayaan atlet berusia 20 tahun itu juga anggota sukarela APM Daerah Dungun, Terengganu bukan sahaja membanggakan negara, malah mencerminkan semangat juang tinggi sebagai seorang warga APM.

“APM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pbt (PA) Mohamad Armin Zahryl. Beliau merupakan atlet negara yang telah meraih kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dengan meraih gangsa 110m lari berpagar di Sukan SEA 2025,” menurut kenyataan itu.

Majlis penganugerahan sijil itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Mohammad Abiddin Abd Rahman di Ibu Pejabat APM, Kajang hari ini.

APM memaklumkan Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya merupakan penghargaan tertinggi yang dianugerahkan kepada individu terpilih yang memberikan sumbangan luar biasa serta mengharumkan nama pasukan, organisasi dan negara.

“Penerima sijil ini turut dianugerahkan emblem dan lencana khas sebagai simbol penghormatan serta pengiktirafan tertinggi daripada pihak APM,” menurut kenyataan itu.

APM memaklumkan penganugerahan berkenaan diharap bukan sahaja menyuntik semangat Mohamad Armin Zahryl, malah terus memperkukuh imej APM sebagai organisasi yang melahirkan anggota berwibawa, berdisiplin dan berprestasi tinggi di peringkat nasional serta antarabangsa. -- BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bernama.com/radio/news.php?id=2505645

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Terengganu
APM Daerah Dungun

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Z84G2bq9KtcyRiY2VCs64phUu25jPAyCfzYK5r83jm1uQ3ahuhtH5afc6wtoGxGPl
#ASPIRASI ANGGOTA APM RAIH PINGAT SUKAN SEA DIANUGERAH SIJIL KEPUJIAN KETUA PESURUHJAYA KUALA TERENGGANU, 23 Dis (Bernama) -- Atlet olahraga negara Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif dianugerahkan Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas kejayaannya memenangi pingat gangsa dalam acara 110 meter (m) lari berpagar di Sukan SEA Thailand 2025 baru-baru ini. APM dalam kenyataan memaklumkan kejayaan atlet berusia 20 tahun itu juga anggota sukarela APM Daerah Dungun, Terengganu bukan sahaja membanggakan negara, malah mencerminkan semangat juang tinggi sebagai seorang warga APM. “APM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pbt (PA) Mohamad Armin Zahryl. Beliau merupakan atlet negara yang telah meraih kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dengan meraih gangsa 110m lari berpagar di Sukan SEA 2025,” menurut kenyataan itu. Majlis penganugerahan sijil itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Mohammad Abiddin Abd Rahman di Ibu Pejabat APM, Kajang hari ini. APM memaklumkan Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya merupakan penghargaan tertinggi yang dianugerahkan kepada individu terpilih yang memberikan sumbangan luar biasa serta mengharumkan nama pasukan, organisasi dan negara. “Penerima sijil ini turut dianugerahkan emblem dan lencana khas sebagai simbol penghormatan serta pengiktirafan tertinggi daripada pihak APM,” menurut kenyataan itu. APM memaklumkan penganugerahan berkenaan diharap bukan sahaja menyuntik semangat Mohamad Armin Zahryl, malah terus memperkukuh imej APM sebagai organisasi yang melahirkan anggota berwibawa, berdisiplin dan berprestasi tinggi di peringkat nasional serta antarabangsa. -- BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/radio/news.php?id=2505645 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Terengganu APM Daerah Dungun #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Z84G2bq9KtcyRiY2VCs64phUu25jPAyCfzYK5r83jm1uQ3ahuhtH5afc6wtoGxGPl
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews