#KAWALAN
KENYATAAN MEDIA : PENGANUGERAHAN SIJIL KEPUJIAN KETUA PESURUHJAYA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) KEPADA PEMENANG PINGAT SUKAN SEA THAILAND 2025
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pbt. (PA) Mohamad Armin Zahryl bin Abdul Latif. Beliau merupakan atlet negara yang telah meraih kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dengan meraih pingat gangsa dalam acara larian 110 meter berpagar di Sukan SEA Thailand 2025.
Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan anggota sukarela APM Daerah Dungun, Terengganu. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan negara, malah turut mencerminkan dan semangat juang tinggi yang dimiliki oleh beliau sebagai seorang warga APM.
Oleh itu, sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian yang amat membanggakan ini, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menganugerahkan Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya APM.
Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya APM merupakan penghargaan tertinggi dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Sijil ini dianugerahkan kepada individu-individu terpilih yang telah memberikan sumbangan luar biasa serta mengharumkan nama pasukan, organisasi dan negara. Penerima sijil ini turut dianugerahkan emblem dan lencana khas sebagai simbol penghormatan serta pengiktirafan tertinggi daripada pihak APM.
Semoga penganugerahan ini dapat terus menyuntik semangat kecemerlangan, meningkatkan motivasi serta memperkukuhkan imej Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai sebuah organisasi yang melahirkan anggota berwibawa, berdisiplin dan berprestasi tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
23 DISEMBER 2025
Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Terengganu
APM Daerah Dungun
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02hLEC9cD5NkykV3jiGdeUaySxEEtTNTBQrE1y7kgfF5pxGZGUYLrQPUFHtZQnTTtl