#KAWALAN
KENYATAAN MEDIA : PENGANUGERAHAN SIJIL KEPUJIAN KETUA PESURUHJAYA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) KEPADA YAS TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENGURUSAN) APM ATAS SUMBANG BAKTI SEPANJANG PERKHIDMATAN
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM di atas kejayaan, komitmen serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang beliau berkhidmat di APM.
Hari ini YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menganugerahkan Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya sebagai tanda pengiktirafan terhadap jasa dan kepimpinan cemerlang beliau dalam memperkukuhkan tadbir urus dan pembangunan APM.
Penganugerahan ini mencerminkan penghargaan tertinggi pihak pengurusan APM terhadap peranan penting yang telah dimainkan oleh beliau, khususnya dalam memastikan kelangsungan kecemerlangan perkhidmatan, memperkasakan sistem pengurusan serta menyumbang kepada pencapaian objektif strategik organisasi.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menunjukkan kepimpinan berwibawa, integriti tinggi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memacu APM sebagai sebuah agensi beruniform yang professional dan diyakini rakyat.
APM berharap jasa dan sumbangan beliau akan menjadi inspirasi kepada seluruh warga APM untuk mengekalkan semangat kerja berpasukan, profesionalisme dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah kepada negara dan masyarakat.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
23 DISEMBER 2025
Jabatan Perdana Menteri
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Z8pfBF1jFuKJc3WHwM5n8K1U6xNWcb228DxgWKiTjGQUcoyErxiH9SJ7kP4FJdtsl