#ASPIRASI

APM BERSEDIA HADAPI GELOMBANG KEDUA BANJIR, 5,000 ANGGOTA DIKERAH BANTU MANGSA

KOTA TINGGI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir yang diramalkan berlaku dalam masa terdekat, khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti berhampiran sungai dan kawasan rendah.

Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan APM, Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata sehingga kini 5,000 anggota APM yang berdaftar dan aktif sedia dikerahkan untuk membantu mangsa banjir bagi gelombang kedua, sekiranya berlaku.

Beliau berkata, pihaknya juga mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah supaya tidak alpa dan memastikan barangan serta dokumen penting sudah dikumpul untuk diselamatkan.

"Justeru, kita minta semua rakyat bersiap siaga, terutama yang tinggal di kawasan sungai dan kawasan rendah kemungkinan bencana itu berlaku tidak lama lagi yang menjejaskan mereka.

"Jadi, orang ramai disaran menyediakan beg 'Ready To Go' bagi memastikan semua dokumen penting, pakaian dan keperluan asas disusun rapi untuk dibawa berpindah, selain memastikan aspek keselamatan keluarga diberi perhatian serius," katanya selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI di FELDA Air Tawar 1, di sini, hari ini.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/12/1487781/apm-bersedia-hadapi-gelombang-kedua-banjir-5000-anggota-dikerah

Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Latihan Ippa
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Tinggi

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid022vSGfFH13iS3C2Xei6M6sz6thRjFfnvF9gpPaBqTpeBPQDtnkRR4NLv4BmmKGXxJl
#ASPIRASI APM BERSEDIA HADAPI GELOMBANG KEDUA BANJIR, 5,000 ANGGOTA DIKERAH BANTU MANGSA KOTA TINGGI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir yang diramalkan berlaku dalam masa terdekat, khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti berhampiran sungai dan kawasan rendah. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan APM, Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata sehingga kini 5,000 anggota APM yang berdaftar dan aktif sedia dikerahkan untuk membantu mangsa banjir bagi gelombang kedua, sekiranya berlaku. Beliau berkata, pihaknya juga mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah supaya tidak alpa dan memastikan barangan serta dokumen penting sudah dikumpul untuk diselamatkan. "Justeru, kita minta semua rakyat bersiap siaga, terutama yang tinggal di kawasan sungai dan kawasan rendah kemungkinan bencana itu berlaku tidak lama lagi yang menjejaskan mereka. "Jadi, orang ramai disaran menyediakan beg 'Ready To Go' bagi memastikan semua dokumen penting, pakaian dan keperluan asas disusun rapi untuk dibawa berpindah, selain memastikan aspek keselamatan keluarga diberi perhatian serius," katanya selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI di FELDA Air Tawar 1, di sini, hari ini. Berita selanjutnya di sini: https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/12/1487781/apm-bersedia-hadapi-gelombang-kedua-banjir-5000-anggota-dikerah Dipetik daripada akhbar: Berita Harian Online Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Latihan Ippa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Tinggi #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid022vSGfFH13iS3C2Xei6M6sz6thRjFfnvF9gpPaBqTpeBPQDtnkRR4NLv4BmmKGXxJl
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews