#BILIKGERAKAN

PAHANG CATAT JUMLAH MANGSA BANJIR TERTINGGI, LEBIH 10,000 MANGSA DITEMPATKAN DI PPS

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor dan Kelantan meningkat setakat petang ini, manakala di Terengganu menyaksikan penurunan.

Situasi banjir di PAHANG semakin buruk apabila jumlah mangsa terus meningkat kepada 10,956 orang daripada 3,635 keluarga yang ditempatkan di 78 PPS berbanding 8,226 orang daripada 2,653 keluarga di 69 PPS pagi tadi.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman dalam kenyataan berkata jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir meningkat sedikit kepada 356 orang setakat 4 petang ini berbanding 347 orang pagi tadi, dengan tiga PPS kekal beroperasi di daerah Mersing.

Di KELANTAN, bilangan mangsa di Gua Musang yang dipindahkan juga meningkat kepada 137 orang daripada 32 keluarga petang ini berbanding 16 mangsa daripada empat keluarga pagi tadi, dengan sebuah PPS dibuka di daerah berkenaan.

Menurut Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan, Gua Musang ialah satu-satunya daerah yang menempatkan mangsa setakat ini, manakala daerah lain belum merekodkan sebarang pemindahan.

Beberapa sungai utama di negeri ini juga dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga dan amaran, antaranya Sungai Galas di Limau Kasturi, Sungai Nenggiri di Bertam, Sungai Lebir di Tualang serta Sungai Golok di Rantau Panjang.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di TERENGGANU menurun sedikit kepada 902 orang daripada 248 keluarga petang ini berbanding 913 daripada 258 keluarga pagi tadi.-- BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2504230

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Ei6LVApL5GssK6TPA8rMtRB7Ns73LEhnyvZKpb4BSswNu6qg27m9fucioeD4PDfPl
#BILIKGERAKAN PAHANG CATAT JUMLAH MANGSA BANJIR TERTINGGI, LEBIH 10,000 MANGSA DITEMPATKAN DI PPS KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor dan Kelantan meningkat setakat petang ini, manakala di Terengganu menyaksikan penurunan. Situasi banjir di PAHANG semakin buruk apabila jumlah mangsa terus meningkat kepada 10,956 orang daripada 3,635 keluarga yang ditempatkan di 78 PPS berbanding 8,226 orang daripada 2,653 keluarga di 69 PPS pagi tadi. Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman dalam kenyataan berkata jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir meningkat sedikit kepada 356 orang setakat 4 petang ini berbanding 347 orang pagi tadi, dengan tiga PPS kekal beroperasi di daerah Mersing. Di KELANTAN, bilangan mangsa di Gua Musang yang dipindahkan juga meningkat kepada 137 orang daripada 32 keluarga petang ini berbanding 16 mangsa daripada empat keluarga pagi tadi, dengan sebuah PPS dibuka di daerah berkenaan. Menurut Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan, Gua Musang ialah satu-satunya daerah yang menempatkan mangsa setakat ini, manakala daerah lain belum merekodkan sebarang pemindahan. Beberapa sungai utama di negeri ini juga dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga dan amaran, antaranya Sungai Galas di Limau Kasturi, Sungai Nenggiri di Bertam, Sungai Lebir di Tualang serta Sungai Golok di Rantau Panjang. Sementara itu, jumlah mangsa banjir di TERENGGANU menurun sedikit kepada 902 orang daripada 248 keluarga petang ini berbanding 913 daripada 258 keluarga pagi tadi.-- BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2504230 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Ei6LVApL5GssK6TPA8rMtRB7Ns73LEhnyvZKpb4BSswNu6qg27m9fucioeD4PDfPl
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews