#BILIKGERAKAN

LEBIH 15,000 ANGGOTA, ASET APM SEDIA HADAPI BANJIR GELOMBANG KEDUA

Kuala Lumpur: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi banjir gelombang kedua yang mula melanda beberapa negeri ketika ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Abd Rahman berkata, ia turut disokong kekuatan aset darat, air dan udara bagi digunakan dalam operasi menyelamat dan pemindahan mangsa.

Katanya, dengan beberapa sesi latihan dan modul kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), pegawai serta anggota berada dalam keadaan bersedia sepanjang musim banjir 2025/2026.

"Secara keseluruhan, kami mempunyai 15,392 anggota di seluruh negara yang boleh digerakkan. Kami juga memiliki 789 aset berasaskan darat, 1,121 aset operasi air dan lebih 20 dron untuk sokongan operasi udara bagi pengawasan semasa kerja menyelamat.

"Aspek penyelenggaraan turut diberi penekanan apabila semua aset operasi dipastikan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Bersama Coway Misi Bantuan Banjir di sini, hari ini.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1301625/lebih-15000-anggota-aset-apm-sedia-hadapi-banjir-gelombang-kedua

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0DMF2fcFwx56699EKGd54K1aVvK91t9smujeuyW8vr3sSn9JnhhaCauarcqeWhttVl
#BILIKGERAKAN LEBIH 15,000 ANGGOTA, ASET APM SEDIA HADAPI BANJIR GELOMBANG KEDUA Kuala Lumpur: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi banjir gelombang kedua yang mula melanda beberapa negeri ketika ini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Abd Rahman berkata, ia turut disokong kekuatan aset darat, air dan udara bagi digunakan dalam operasi menyelamat dan pemindahan mangsa. Katanya, dengan beberapa sesi latihan dan modul kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), pegawai serta anggota berada dalam keadaan bersedia sepanjang musim banjir 2025/2026. "Secara keseluruhan, kami mempunyai 15,392 anggota di seluruh negara yang boleh digerakkan. Kami juga memiliki 789 aset berasaskan darat, 1,121 aset operasi air dan lebih 20 dron untuk sokongan operasi udara bagi pengawasan semasa kerja menyelamat. "Aspek penyelenggaraan turut diberi penekanan apabila semua aset operasi dipastikan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Bersama Coway Misi Bantuan Banjir di sini, hari ini. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1301625/lebih-15000-anggota-aset-apm-sedia-hadapi-banjir-gelombang-kedua Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0DMF2fcFwx56699EKGd54K1aVvK91t9smujeuyW8vr3sSn9JnhhaCauarcqeWhttVl
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews