#BILIKGERAKAN

JUMLAH MANGSA BANJIR DI MERSING TERUS MENINGKAT

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di daerah Mersing terus meningkat dengan 240 orang daripada 70 keluarga dilaporkan terjejas setakat petang ini, berbanding 137 orang daripada 34 keluarga pada 12 tengah hari tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, mangsa banjir kini ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu pada jam 5 pagi dan 11 pagi tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menjelaskan bahawa setakat jam 4 petang ini, kawasan yang terjejas teruk masih melibatkan Kampung Hubong dan Kampung Baru Air Tawar.

“PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar menempatkan 129 mangsa daripada 35 keluarga yang merupakan penduduk Kampung Baru Air Tawar dan Kampung Hubong.

“Manakala PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching menempatkan 111 penduduk Kampung Baru Air Tawar yang terdiri daripada 35 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran hujan lebat berterusan kategori buruk telah dikeluarkan untuk empat daerah di negeri Johor, iaitu Segamat, Kluang, Mersing, dan Kota Tinggi, yang dijangka berterusan hingga esok.

Amaran hujan berterusan kategori waspada turut dikeluarkan untuk enam daerah lain di negeri ini, dengan hujan diramal berterusan sehingga esok.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.buletintv3.my/nasional/jumlah-mangsa-banjir-di-mersing-terus-meningkat/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
APM Mersing

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0YyRwh3kDFtE3FeQ9nwaeBd9LZQKE28hU4w9uvEMaSq7dkxGG1Xaquke4DeUS5PQ7l
#BILIKGERAKAN JUMLAH MANGSA BANJIR DI MERSING TERUS MENINGKAT JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di daerah Mersing terus meningkat dengan 240 orang daripada 70 keluarga dilaporkan terjejas setakat petang ini, berbanding 137 orang daripada 34 keluarga pada 12 tengah hari tadi. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, mangsa banjir kini ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu pada jam 5 pagi dan 11 pagi tadi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menjelaskan bahawa setakat jam 4 petang ini, kawasan yang terjejas teruk masih melibatkan Kampung Hubong dan Kampung Baru Air Tawar. “PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar menempatkan 129 mangsa daripada 35 keluarga yang merupakan penduduk Kampung Baru Air Tawar dan Kampung Hubong. “Manakala PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching menempatkan 111 penduduk Kampung Baru Air Tawar yang terdiri daripada 35 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sementara itu, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran hujan lebat berterusan kategori buruk telah dikeluarkan untuk empat daerah di negeri Johor, iaitu Segamat, Kluang, Mersing, dan Kota Tinggi, yang dijangka berterusan hingga esok. Amaran hujan berterusan kategori waspada turut dikeluarkan untuk enam daerah lain di negeri ini, dengan hujan diramal berterusan sehingga esok. Berita selanjutnya di sini: https://www.buletintv3.my/nasional/jumlah-mangsa-banjir-di-mersing-terus-meningkat/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor APM Mersing #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0YyRwh3kDFtE3FeQ9nwaeBd9LZQKE28hU4w9uvEMaSq7dkxGG1Xaquke4DeUS5PQ7l
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews