#KEPRIHATINAN

APM BANTU PEMBANTU PERUBATAN REDAH BANJIR BERI RAWATAN WARGA EMAS STROK

Machang: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawa pembantu pegawai perubatan ke rumah seorang warga emas yang mengalami angin ahmar di Kampung Temangan, di sini bagi mendapatkan rawatan susulan.

Ia selepas laluan rumahnya sejauh satu kilometer untuk ke Klinik Kesihatan Temangan dinaiki air setinggi 0.5 meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Machang, Leftenan (PA) Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan daripada orang awam jam 10.01 pagi berhubung seorang pesakit yang memerlukan bantuan segera.

Katanya, jarak dari PKOD APM Machang ke lokasi kejadian kira-kira 20 kilometer. Seramai 10 anggota termasuk seorang pegawai bersama pembantu pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Temangan ke lokasi dan terpaksa meredah air setinggi kira-kira 0.5 meter sejauh satu kilometer kerana laluan ke rumah pesakit dinaiki air akibat banjir.

"APM sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan kemanusiaan dan bantuan kecemasan demi kesejahteraan masyarakat," katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1301214/apm-bantu-pembantu-perubatan-redah-banjir-beri-rawatan-warga-emas-strok

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Machang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02zA7boGnavtWMoWAtXHdo4edvMjQtnPpp422yZFYTrXG2HTRFRAuhAeo6n1qrX5HUl
#KEPRIHATINAN APM BANTU PEMBANTU PERUBATAN REDAH BANJIR BERI RAWATAN WARGA EMAS STROK Machang: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawa pembantu pegawai perubatan ke rumah seorang warga emas yang mengalami angin ahmar di Kampung Temangan, di sini bagi mendapatkan rawatan susulan. Ia selepas laluan rumahnya sejauh satu kilometer untuk ke Klinik Kesihatan Temangan dinaiki air setinggi 0.5 meter. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Machang, Leftenan (PA) Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan daripada orang awam jam 10.01 pagi berhubung seorang pesakit yang memerlukan bantuan segera. Katanya, jarak dari PKOD APM Machang ke lokasi kejadian kira-kira 20 kilometer. Seramai 10 anggota termasuk seorang pegawai bersama pembantu pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Temangan ke lokasi dan terpaksa meredah air setinggi kira-kira 0.5 meter sejauh satu kilometer kerana laluan ke rumah pesakit dinaiki air akibat banjir. "APM sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan kemanusiaan dan bantuan kecemasan demi kesejahteraan masyarakat," katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1301214/apm-bantu-pembantu-perubatan-redah-banjir-beri-rawatan-warga-emas-strok Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Machang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02zA7boGnavtWMoWAtXHdo4edvMjQtnPpp422yZFYTrXG2HTRFRAuhAeo6n1qrX5HUl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews