#KEPRIHATINAN

CDA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA (PKPMI) TERLIBAT DALAM MISI BANTUAN BENCANA BANJIR DI SUMATERA, INDONESIA

Sumatera, Indonesia: Banjir besar dan tanah runtuh yang telah melanda sebahagian besar wilayah Sumatera, Indonesia terutamanya di Provinsi Aceh, Medan dan Padang telah menyebabkan pelbagai kesan yang sangat serius.

Bencana ini berlaku pada akhir November 2025 telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan infrastruktur, termasuk jalan raya dan jambatan serta memutuskan akses komunikasi dan logistik di pelbagai kawasan yang terlibat.

Jutaan penduduk termasuk pelajar Malaysia di Indonesia telah terjejas dan sebahagian besar daripada mereka terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) disebabkan kegiatan akademik di Institusi Perguruan Tinggi Negeri dan Swasta terganggu dan terpaksa ditunda disebabkan kemudahan kampus yang telah rosak atau terasing.

Oleh itu, CDA PKPMI telah memantau dan membantu pelajar Malaysia yang terkesan khususnya dari semasa ke semasa. Usaha murni CDA PKPMI bersama Konsulat Jeneral Malaysia, Medan dan Pejabat Education Malaysia-Indonesia (EMI) telah menyalurkan bantuan makanan Ready To Eat (RTE), pengedaran air mineral, penyediaan Kit Kebersihan Diri Kecemasan, pengedaran topeng muka dan peralatan pelindung, penyediaan sanitari wanita dan penyediaan tablet klorin untuk diagihkan kepada cawangan PKPMI yang terkesan.

Laporan bencana luar negara ini telah menunjukan komitmen dan semangat sukarelawan pelajar Malaysia yang berganding bahu bersama pihak berkuasa tempatan telah memastikan kelancaran operasi menyelamat dan penyaluran bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA
Pkpmi Pusat

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ud8xuhvYgkgLLUPe5i2Cur1wTM6aCp4P1pM6Y8HbDQcxRVvKtQ1Y2UF9AS1HiSGNl
#KEPRIHATINAN CDA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA (PKPMI) TERLIBAT DALAM MISI BANTUAN BENCANA BANJIR DI SUMATERA, INDONESIA Sumatera, Indonesia: Banjir besar dan tanah runtuh yang telah melanda sebahagian besar wilayah Sumatera, Indonesia terutamanya di Provinsi Aceh, Medan dan Padang telah menyebabkan pelbagai kesan yang sangat serius. Bencana ini berlaku pada akhir November 2025 telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan infrastruktur, termasuk jalan raya dan jambatan serta memutuskan akses komunikasi dan logistik di pelbagai kawasan yang terlibat. Jutaan penduduk termasuk pelajar Malaysia di Indonesia telah terjejas dan sebahagian besar daripada mereka terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) disebabkan kegiatan akademik di Institusi Perguruan Tinggi Negeri dan Swasta terganggu dan terpaksa ditunda disebabkan kemudahan kampus yang telah rosak atau terasing. Oleh itu, CDA PKPMI telah memantau dan membantu pelajar Malaysia yang terkesan khususnya dari semasa ke semasa. Usaha murni CDA PKPMI bersama Konsulat Jeneral Malaysia, Medan dan Pejabat Education Malaysia-Indonesia (EMI) telah menyalurkan bantuan makanan Ready To Eat (RTE), pengedaran air mineral, penyediaan Kit Kebersihan Diri Kecemasan, pengedaran topeng muka dan peralatan pelindung, penyediaan sanitari wanita dan penyediaan tablet klorin untuk diagihkan kepada cawangan PKPMI yang terkesan. Laporan bencana luar negara ini telah menunjukan komitmen dan semangat sukarelawan pelajar Malaysia yang berganding bahu bersama pihak berkuasa tempatan telah memastikan kelancaran operasi menyelamat dan penyaluran bantuan kepada mangsa yang terjejas. Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA Pkpmi Pusat #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ud8xuhvYgkgLLUPe5i2Cur1wTM6aCp4P1pM6Y8HbDQcxRVvKtQ1Y2UF9AS1HiSGNl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews