#OPERASI

JALAN UTAMA NAIK AIR, 25 PELAJAR PULANG DENGAN TRAK APM

KUALA KRAI: Seramai 25 pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Syukuriah, Bukit Sireh, di sini terpaksa pulang menaiki trak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas jalan utama sejauh dua kilometer dinaiki air akibat hujan lebat sejak jam 9 pagi tadi.

Pegawai APM Daerah Kuala Krai, Kapten (PA) Abd Fatah Abd Aziz berkata, operasi pemindahan bermula pada jam 12.30 tengah hari, membabitkan enam anggota dan pegawai menggunakan sebuah lori APM.

Katanya, operasi itu dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pelajar, memandangkan keadaan paras air yang semakin meningkat.

“Kesemua pelajar terdiri daripada 10 lelaki dan 15 perempuan berjaya dipindahkan dengan selamat ke Kampung Bedal sebelum diambil oleh ibu bapa masing-masing,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi berkenaan selesai sepenuhnya pada jam 2.30 petang.

Tambahnya, pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca dan paras air dari semasa ke semasa bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.buletintv3.my/nasional/jalan-utama-naik-air-25-pelajar-pulang-dengan-trak-apm/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan
APM Kuala Krai

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0VgK7nNxccLKcrmVPKKyxb7T9RkCTQ3c6gv9QLnNJQqs71oKyCEfAQAVRwu2cAakFl
#OPERASI JALAN UTAMA NAIK AIR, 25 PELAJAR PULANG DENGAN TRAK APM KUALA KRAI: Seramai 25 pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Syukuriah, Bukit Sireh, di sini terpaksa pulang menaiki trak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas jalan utama sejauh dua kilometer dinaiki air akibat hujan lebat sejak jam 9 pagi tadi. Pegawai APM Daerah Kuala Krai, Kapten (PA) Abd Fatah Abd Aziz berkata, operasi pemindahan bermula pada jam 12.30 tengah hari, membabitkan enam anggota dan pegawai menggunakan sebuah lori APM. Katanya, operasi itu dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pelajar, memandangkan keadaan paras air yang semakin meningkat. “Kesemua pelajar terdiri daripada 10 lelaki dan 15 perempuan berjaya dipindahkan dengan selamat ke Kampung Bedal sebelum diambil oleh ibu bapa masing-masing,” katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, operasi berkenaan selesai sepenuhnya pada jam 2.30 petang. Tambahnya, pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca dan paras air dari semasa ke semasa bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Berita selanjutnya di sini: https://www.buletintv3.my/nasional/jalan-utama-naik-air-25-pelajar-pulang-dengan-trak-apm/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan APM Kuala Krai #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0VgK7nNxccLKcrmVPKKyxb7T9RkCTQ3c6gv9QLnNJQqs71oKyCEfAQAVRwu2cAakFl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews