#ASPIRASI
APM AGENSI PERTAMA MILIKI PUSAT LATIHAN DRON DIIKTIRAF CAAM
KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mencatat sejarah apabila menjadi agensi kerajaan pertama mempunyai pusat latihan dron yang diiktiraf Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), membuka laluan baharu bagi anggotanya menguasai kemahiran dron untuk operasi lapangan.
Pengiktirafan ini terhasil daripada kerjasama Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT) dengan SG Academy melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini. MoU tersebut dimeterai Komandan PULAPAT, Syahrul Sukor dan Ketua Pegawai Eksekutif SG Academy, Datuk P Sri Ganes, disaksikan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA), Effendy Hj. Ali.
"Sejak dua tahun lalu, lebih 50 anggota APM telah mengikuti latihan di bawah organisasi latihan juruterbang jauh (RPTO) SG Academy. Mereka mempelajari operasi dron, pemetaan udara, pemantauan bencana dan pengurusan misi kecemasan," katanya.
Latihan ini memberi kelebihan besar kepada anggota APM yang sering berdepan insiden seperti banjir, tanah runtuh dan operasi mencari serta menyelamat.
"Ini bukan lagi teori dalam kelas. Anggota dilatih menggunakan teknologi sebenar yang mereka akan gunakan ketika bertugas," tambah beliau.
Kerjasama ini juga menyokong agenda negara memperkukuh pendidikan TVET dalam teknologi masa depan seperti dron, kecerdasan buatan (AI), pemetaan digital dan pengumpulan data udara.
SG Academy sebelum ini aktif menyediakan latihan bertauliah berkaitan dron dan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan bagi membangunkan ekosistem pendidikan teknologi negara.
Berita selanjutnya di sini:
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2025/12/1484301/apm-agensi-pertama-miliki-pusat-latihan-dron-diiktiraf-caam
Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online
Jabatan Perdana Menteri
Pulapa Wilayah Timur
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02GGdKMxbLFwJAfry4wJJckeTN2enxUJ3tGcyxWBMfcMqDtqzBNY6CZUeja1XGQsJWl