#KEPIMPINAN

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR YANG KE-80

Khamis, 11 Disember 2025 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke-80 bertempat di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, Selangor.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bersama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.

Seramai 98 individu telah menerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Yang Ke-80.

Dalam upacara istiadat tersebut, Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) kepada YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas penglibatan beliau dalam Operasi Memadam Kebakaran di Putra Heights pada bulan April yang lalu.

Sekalung tahniah diucapkan kepada YAS Tuan TKPO atas anugerah yang diterima. Semoga kejayaan ini terus menjadi dorongan untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Turut hadir, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiusaha Negara (KSN) bersama YBhg. Tan Sri Wan Dahlan bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) serta Pegawai-pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.

Jabatan Perdana Menteri
Selangor Royal Office

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
*

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Hvd4r71EJ6NgTMUz3jpDqpvCtbuDVAvfHg5G9fm1RJfgMLkWW1sbSoGXmFXnTqJsl
#KEPIMPINAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR YANG KE-80 Khamis, 11 Disember 2025 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke-80 bertempat di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Keberangkatan tiba Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bersama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz. Seramai 98 individu telah menerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Yang Ke-80. Dalam upacara istiadat tersebut, Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) kepada YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas penglibatan beliau dalam Operasi Memadam Kebakaran di Putra Heights pada bulan April yang lalu. Sekalung tahniah diucapkan kepada YAS Tuan TKPO atas anugerah yang diterima. Semoga kejayaan ini terus menjadi dorongan untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Turut hadir, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiusaha Negara (KSN) bersama YBhg. Tan Sri Wan Dahlan bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) serta Pegawai-pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat. Jabatan Perdana Menteri Selangor Royal Office #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI * --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Hvd4r71EJ6NgTMUz3jpDqpvCtbuDVAvfHg5G9fm1RJfgMLkWW1sbSoGXmFXnTqJsl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews