#KAWALAN

RENUNGAN INTEGRITI SIRI 12/2025 : KEBENARAN TIDAK HADIR BEKERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN DAN PERATURANNYA

Berikut adalah maklumat mengenai kebenaran tidak hadir bekerja merujuk kepada peraturan memberi kebenaran kepada pekerja terutamanya penjawat awam untuk tidak hadir bertugas atas sebab kecemasan am seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya dengan syarat perlu dimaklumkan dan mengemukakan perakuan sebaik kembali bekerja mengikut Pekeliling Perkhidmatan seperti Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1986 untuk penjawat awam manakala pekerja swasta mengikut polisi syarikat atau Akta Pekerja.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSSM) Ceraian SR.4.2.7, memperuntukkan Ketua Jabatan diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pegawai itu tidak hadir bekerja.

Pegawai yang tidak hadir kerja disebabkan kecemasan am hendaklah mengemukakan satu perakuan seperti di Lampiran SR.4.2.7(A) sebaik sahaja pegawai itu bertugas semula dan Ketua Jabatan hendaklah berpuas hati dan mengesahkan bahawa kecemasan am telah berlaku yang menyebabkan pegawai itu tidak hadir bertugas.

Dalam menimbangkan perakuan pegawai ini, Ketua Jabatan boleh memperoleh maklumat dan pengesahan kejadian kecemasan am atau perintah tertentu sebenarnya telah berlaku daripada punca-punca berikut seperti Pegawai Daerah, Pegawai Polis, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Siaran Media Massa.

Kebenaran tidak hadir kerja dengan sebab kecemasan am ini tidak menjejaskan kelayakan cuti seseorang pegawai dan pegawai tidak perlu mengemukakan permohonan cuti bagi tempoh tidak hadir kerja itu.

Rujukan selanjutnya di sini:
https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Waktu-bekerja/80/

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Disediakan oleh :
Unit Integriti,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0CNTH3TSF3G4QKYv3P5LjgJBQFxKgbKRxo5Xg1hVtJMqwTHdxs5vzdrGdXwQhUXGMl
#KAWALAN RENUNGAN INTEGRITI SIRI 12/2025 : KEBENARAN TIDAK HADIR BEKERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN DAN PERATURANNYA Berikut adalah maklumat mengenai kebenaran tidak hadir bekerja merujuk kepada peraturan memberi kebenaran kepada pekerja terutamanya penjawat awam untuk tidak hadir bertugas atas sebab kecemasan am seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya dengan syarat perlu dimaklumkan dan mengemukakan perakuan sebaik kembali bekerja mengikut Pekeliling Perkhidmatan seperti Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1986 untuk penjawat awam manakala pekerja swasta mengikut polisi syarikat atau Akta Pekerja. Menurut Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSSM) Ceraian SR.4.2.7, memperuntukkan Ketua Jabatan diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pegawai itu tidak hadir bekerja. Pegawai yang tidak hadir kerja disebabkan kecemasan am hendaklah mengemukakan satu perakuan seperti di Lampiran SR.4.2.7(A) sebaik sahaja pegawai itu bertugas semula dan Ketua Jabatan hendaklah berpuas hati dan mengesahkan bahawa kecemasan am telah berlaku yang menyebabkan pegawai itu tidak hadir bertugas. Dalam menimbangkan perakuan pegawai ini, Ketua Jabatan boleh memperoleh maklumat dan pengesahan kejadian kecemasan am atau perintah tertentu sebenarnya telah berlaku daripada punca-punca berikut seperti Pegawai Daerah, Pegawai Polis, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Siaran Media Massa. Kebenaran tidak hadir kerja dengan sebab kecemasan am ini tidak menjejaskan kelayakan cuti seseorang pegawai dan pegawai tidak perlu mengemukakan permohonan cuti bagi tempoh tidak hadir kerja itu. Rujukan selanjutnya di sini: https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Waktu-bekerja/80/ Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat. Disediakan oleh : Unit Integriti, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0CNTH3TSF3G4QKYv3P5LjgJBQFxKgbKRxo5Xg1hVtJMqwTHdxs5vzdrGdXwQhUXGMl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews