#ASPIRASI

APM SARAWAK SIAP SIAGA HADAPI BANJIR SUSULAN AMARAN HUJAN BERTERUSAN

KUCHING, 8 Dis: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak berada dalam keadaan bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini.

Pengarahnya, Mohtar Samat, berkata hampir 3,000 pegawai dan anggota telah ditempatkan, selain 110 kenderaan pelbagai guna termasuk pacuan empat roda serta pelbagai aset lain disediakan untuk digerakkan ketika operasi.

“Ketika ini, pemantauan sedang dijalankan bagi mendapatkan petunjuk awal, termasuk mengarahkan penduduk berpindah jika keadaan semakin memburuk.

“Secara keseluruhannya, pagi ini telah diadakan mesyuarat penyelarasan bagi memastikan semua logistik sedia digunakan, dan anggota APM telah berada di lapangan untuk membuat pemantauan awal,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan mudah dilanda banjir supaya mengambil langkah keselamatan, termasuk menyimpan dokumen penting di tempat selamat.

Penduduk juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa seperti APM, polis, tentera dan agensi berkaitan sekiranya diminta berpindah lebih awal.

Tambahnya, pemindahan awal penting bagi memudahkan pergerakan serta penggunaan logistik yang terhad, sekali gus memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan tanpa menjejaskan kawasan lain yang lebih kritikal.

Terdahulu, METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan pada tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2025/12/08/apm-sarawak-siap-siaga-hadapi-banjir-susulan-amaran-hujan-berterusan/

Dipetik daripada akhbar:
TVS

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0EM89Z2GVzFd5EQr5a5f4TwiPEtvkc8boToLwUagJ8Z2eJuoyQNGcz3Gyk4rCiwHNl
#ASPIRASI APM SARAWAK SIAP SIAGA HADAPI BANJIR SUSULAN AMARAN HUJAN BERTERUSAN KUCHING, 8 Dis: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak berada dalam keadaan bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini. Pengarahnya, Mohtar Samat, berkata hampir 3,000 pegawai dan anggota telah ditempatkan, selain 110 kenderaan pelbagai guna termasuk pacuan empat roda serta pelbagai aset lain disediakan untuk digerakkan ketika operasi. “Ketika ini, pemantauan sedang dijalankan bagi mendapatkan petunjuk awal, termasuk mengarahkan penduduk berpindah jika keadaan semakin memburuk. “Secara keseluruhannya, pagi ini telah diadakan mesyuarat penyelarasan bagi memastikan semua logistik sedia digunakan, dan anggota APM telah berada di lapangan untuk membuat pemantauan awal,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini. Beliau menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan mudah dilanda banjir supaya mengambil langkah keselamatan, termasuk menyimpan dokumen penting di tempat selamat. Penduduk juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa seperti APM, polis, tentera dan agensi berkaitan sekiranya diminta berpindah lebih awal. Tambahnya, pemindahan awal penting bagi memudahkan pergerakan serta penggunaan logistik yang terhad, sekali gus memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan tanpa menjejaskan kawasan lain yang lebih kritikal. Terdahulu, METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan pada tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok. Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2025/12/08/apm-sarawak-siap-siaga-hadapi-banjir-susulan-amaran-hujan-berterusan/ Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0EM89Z2GVzFd5EQr5a5f4TwiPEtvkc8boToLwUagJ8Z2eJuoyQNGcz3Gyk4rCiwHNl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews