#KEPIMPINAN

MAJLIS PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN

Isnin, 08 Disember 2025 - Sekitar majlis yang telah dihadiri oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Auditorium Tun Teja, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada pagi tadi.

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk bersama menyertai Majlis Perjumpaan YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga kementerian yang diadakan secara "live streaming" menerusi Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) Bagi Bulan Disember 2025.

Antara intipati ucapan YAB Perdana Menteri, beliau menegaskan kepentingan nilai Ihsan dan Hormat sebagai asas Malaysia MADANI, khususnya dalam memperkukuh integriti, meningkatkan ketelusan dan membanteras rasuah dalam perkhidmatan awam. Beliau turut menyentuh komitmen kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk kejayaan mengurangkan kadar miskin tegar di negara ini.

Beliau turut menekankan kepentingan nilai kerjasama, dedikasi dan disiplin dalam melaksanakan program Kerajaan serta menyeru penjawat awam untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan prestasi kerja dengan menghayati nilai "Itqan Fil ‘Amal’" iaitu kesungguhan dan ketekunan dalam menjalankan tugas.

Beliau turut menekankan bahawa penglibatan rakyat melalui majlis penyantunan dan perhimpunan adalah medium penting untuk menyampaikan dasar kerajaan secara berkesan dan memberi impak langsung kepada masyarakat. Kejayaan setiap dasar atau program bergantung kepada kerjasama merentas kementerian dan penyertaan menyeluruh penjawat awam.

Turut hadir, YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM bersama YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA, YS Kol. (PA) Mohd Rosman bin Abdullah, Pengarah APM Wilayah Persekutuan, YS Kol. (PA) Roydee bin Abd Rahman, Komandan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), YS Kol. Bersekutu (PA) Wan Fadilah binti Wan Jamaluddin, Ketua Unit Integriti APM, Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM serta warga kerja APM.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02t8eCpjdn9bh76m7voVVCFGQFpMFfWVdHPqRpUK8fWKhpLcaoAWoApp1xYqKPCF11l
#KEPIMPINAN MAJLIS PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN Isnin, 08 Disember 2025 - Sekitar majlis yang telah dihadiri oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Auditorium Tun Teja, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada pagi tadi. Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk bersama menyertai Majlis Perjumpaan YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga kementerian yang diadakan secara "live streaming" menerusi Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) Bagi Bulan Disember 2025. Antara intipati ucapan YAB Perdana Menteri, beliau menegaskan kepentingan nilai Ihsan dan Hormat sebagai asas Malaysia MADANI, khususnya dalam memperkukuh integriti, meningkatkan ketelusan dan membanteras rasuah dalam perkhidmatan awam. Beliau turut menyentuh komitmen kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk kejayaan mengurangkan kadar miskin tegar di negara ini. Beliau turut menekankan kepentingan nilai kerjasama, dedikasi dan disiplin dalam melaksanakan program Kerajaan serta menyeru penjawat awam untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan prestasi kerja dengan menghayati nilai "Itqan Fil ‘Amal’" iaitu kesungguhan dan ketekunan dalam menjalankan tugas. Beliau turut menekankan bahawa penglibatan rakyat melalui majlis penyantunan dan perhimpunan adalah medium penting untuk menyampaikan dasar kerajaan secara berkesan dan memberi impak langsung kepada masyarakat. Kejayaan setiap dasar atau program bergantung kepada kerjasama merentas kementerian dan penyertaan menyeluruh penjawat awam. Turut hadir, YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM bersama YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA, YS Kol. (PA) Mohd Rosman bin Abdullah, Pengarah APM Wilayah Persekutuan, YS Kol. (PA) Roydee bin Abd Rahman, Komandan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), YS Kol. Bersekutu (PA) Wan Fadilah binti Wan Jamaluddin, Ketua Unit Integriti APM, Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM serta warga kerja APM. Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02t8eCpjdn9bh76m7voVVCFGQFpMFfWVdHPqRpUK8fWKhpLcaoAWoApp1xYqKPCF11l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews