#OPERASI

BANJIR DI PERLIS PULIH SEPENUHNYA, MANGSA DI PAHANG SEDIKIT MENINGKAT

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Banjir di Perlis pulih sepenuhnya manakala situasi di Perak dan Selangor menunjukkan perkembangan positif namun jumlah mangsa yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pahang sedikit meningkat petang ini.

Di PERLIS, PPS terakhir di Sekolah Kebangsaan Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar yang menempatkan 15 orang pada 8 pagi tadi, ditutup secara rasmi pada 10 pagi setelah semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis Lt. Kol. (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata pihaknya kekal bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya gelombang kedua banjir.

“Masyarakat juga perlu peka, mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa bersedia,” katanya kepada Bernama hari ini.

Di PAHANG, jumlah mangsa yang berlindung di PPS petang ini meningkat kepada 31 orang daripada 12 keluarga berbanding tujuh sekeluarga pagi tadi selepas daerah Raub kembali dilanda banjir.

Menurut InfoBencana JKM, sebuah PPS di Balai Raya Kampung Ulu Sungai, Raub dibuka bagi menempatkan 24 mangsa daripada 11 keluarga manakala tujuh sekeluarga masih berlindung di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.

Di PERAK, mangsa banjir terus berkurangan kepada 1,280 orang daripada 376 keluarga yang berlindung di 11 PPS di tiga daerah berbanding 1,455 orang daripada 430 keluarga pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir di SELANGOR pula turun mendadak kepada 122 individu daripada 49 keluarga, berbanding 306 mangsa daripada 104 keluarga pagi tadi.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya tiga PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa di daerah Kuala Selangor. -- BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2499585

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0rSnrjbvybmRmYa9ReAhRt94TR6hVCqYkwDJi5WDTe4RiFjKQ786fMFTbaSUtMBCSl
#OPERASI BANJIR DI PERLIS PULIH SEPENUHNYA, MANGSA DI PAHANG SEDIKIT MENINGKAT KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Banjir di Perlis pulih sepenuhnya manakala situasi di Perak dan Selangor menunjukkan perkembangan positif namun jumlah mangsa yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pahang sedikit meningkat petang ini. Di PERLIS, PPS terakhir di Sekolah Kebangsaan Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar yang menempatkan 15 orang pada 8 pagi tadi, ditutup secara rasmi pada 10 pagi setelah semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis Lt. Kol. (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata pihaknya kekal bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya gelombang kedua banjir. “Masyarakat juga perlu peka, mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa bersedia,” katanya kepada Bernama hari ini. Di PAHANG, jumlah mangsa yang berlindung di PPS petang ini meningkat kepada 31 orang daripada 12 keluarga berbanding tujuh sekeluarga pagi tadi selepas daerah Raub kembali dilanda banjir. Menurut InfoBencana JKM, sebuah PPS di Balai Raya Kampung Ulu Sungai, Raub dibuka bagi menempatkan 24 mangsa daripada 11 keluarga manakala tujuh sekeluarga masih berlindung di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan. Di PERAK, mangsa banjir terus berkurangan kepada 1,280 orang daripada 376 keluarga yang berlindung di 11 PPS di tiga daerah berbanding 1,455 orang daripada 430 keluarga pagi tadi. Jumlah mangsa banjir di SELANGOR pula turun mendadak kepada 122 individu daripada 49 keluarga, berbanding 306 mangsa daripada 104 keluarga pagi tadi. Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya tiga PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa di daerah Kuala Selangor. -- BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2499585 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0rSnrjbvybmRmYa9ReAhRt94TR6hVCqYkwDJi5WDTe4RiFjKQ786fMFTbaSUtMBCSl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews