#OPERASI

TIGA KALI DILANDA BANJIR, PENDUDUK ULANG-ALIK PPS

KUANTAN - Beberapa penduduk dari Kampung Ulu Sungai, Raub terpaksa 'berulang-alik' ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kampung itu sekali lagi dilanda banjir, awal pagi Sabtu.

Banjir susulan hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi itu kali ketiga melanda kampung itu sejak 24 November lalu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Raub, Kapten (PA), Samasuddin Kambade berkata, dalam kejadian banjir terbaru itu, 23 mangsa daripada enam keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Ulu Sungai yang kembali dibuka jam 7.45 pagi.

Menurutnya, kejadian banjir kali ini melibatkan 10 rumah terjejas.

"Proses mengumpulkan maklumat penduduk terjejas masih dijalankan bagi mengenal pasti bilangan mangsa dan keluarga yang terlibat," katanya.

Menurutnya, kejadian itu kini dalam tindakan pelbagai agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penghulu.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.sinarharian.com.my/article/759517/edisi/pahang/tiga-kali-dilanda-banjir-penduduk-ulang-alik-pps

Dipetik daripada akhbar:
Sinar Harian

Jabatan Perdana Menteri
APM Pahang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0BKBoHm2gDoQ7bid5rdZKnrc7z7q3RXnLXJLxqWjNUtoFT519igBtPwrCrsy3Fx6fl
#OPERASI TIGA KALI DILANDA BANJIR, PENDUDUK ULANG-ALIK PPS KUANTAN - Beberapa penduduk dari Kampung Ulu Sungai, Raub terpaksa 'berulang-alik' ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kampung itu sekali lagi dilanda banjir, awal pagi Sabtu. Banjir susulan hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi itu kali ketiga melanda kampung itu sejak 24 November lalu. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Raub, Kapten (PA), Samasuddin Kambade berkata, dalam kejadian banjir terbaru itu, 23 mangsa daripada enam keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Ulu Sungai yang kembali dibuka jam 7.45 pagi. Menurutnya, kejadian banjir kali ini melibatkan 10 rumah terjejas. "Proses mengumpulkan maklumat penduduk terjejas masih dijalankan bagi mengenal pasti bilangan mangsa dan keluarga yang terlibat," katanya. Menurutnya, kejadian itu kini dalam tindakan pelbagai agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penghulu. Berita selanjutnya di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/759517/edisi/pahang/tiga-kali-dilanda-banjir-penduduk-ulang-alik-pps Dipetik daripada akhbar: Sinar Harian Jabatan Perdana Menteri APM Pahang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0BKBoHm2gDoQ7bid5rdZKnrc7z7q3RXnLXJLxqWjNUtoFT519igBtPwrCrsy3Fx6fl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews