Sejarah & Profil APM Pahang
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang
APM Negeri Pahang mula ditubuhkan dan beroperasi di Jalan Teluk Chempedak pada 1 Jun 1969. Pada 7 Mei 1981, Pejabat Pertahanan Awam Daerah Temerloh dibuka secara rasmi. Pada 3 Februari 1982, JPAM Pahang berpindah ke Wisma Persekutuan Tingkat 7, diketuai oleh Lt. Kol (PA) Mohamad bin Abdullah. Pada 3 September 1984, Unit Jengka dibuka (kini dijadikan PULAPAT Jengka). Pada 1 Januari 2004, Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kuantan beroperasi di Bangunan Penjara lama. Akhirnya pada 12 Mac 2014, APM Pahang berpindah dari Wisma Persekutuan Tingkat 7 ke bangunan sendiri di Lot 1057 & 1058, Jalan Beserah, 26100 Kuantan.

Sedia, Pantas, Berintegriti.
Sumber: Portal Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (civildefence.gov.my), dicapai Julai 2026.
- Kebangsaan
- Wilayah Persekutuan
- Johor
- Sabah
- Sarawak
- Terengganu
- Selangor
- Perak
- Perlis
- Negeri Sembilan
- Kelantan
- Pahang
- Melaka
- Kedah
- Pulau Pinang