Sejarah & Profil APM Perlis

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis

Penubuhan Jabatan Pertahanan Awam negeri Perlis bermula pada tahun 1964. Selepas APM Perlis berpisah daripada pentadbiran Negeri Kedah pada tahun 1985, APM Perlis mempunyai pejabatnya sendiri di Tingkat 3 Bangunan Tun Hj Abdul Razak, Kangar. Pada mulanya Bilik Gerakan Rescue 991 beroperasi di Bangunan Pemadam, Jalan Hospital, Kangar; selepas nama Rescue 991 ditukar kepada Rescue 999 pada 1 Oktober 2007, bilik gerakan tersebut berpindah ke bangunan baru di Jalan Pegawai, Kangar. Pada 1 Jun 2009, pentadbiran APM Perlis diperluas dan dipecahkan kepada dua cawangan iaitu daerah dan negeri. Pada 25 Ogos 2011, APM Perlis berpindah ke pejabat sendiri di Persiaran Wawasan, Kangar yang dikenali sebagai PUSPA (Pusat Pertahanan Awam) Negeri Perlis yang memuatkan pejabat Negeri dan Daerah, Padang Kawad, Blok Latihan, Asrama 5 tingkat, surau, Bilik Gerakan 999 dan dewan makan.

Gambar

Sedia, Pantas, Berintegriti.

Sumber: Portal Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (civildefence.gov.my), dicapai Julai 2026.

Cari
Categories
Read More
Terengganu
Sejarah & Profil APM Terengganu
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri TerengganuAPM Negeri Terengganu ditubuhkan pada 18...
Melaka
Sejarah & Profil APM Melaka
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri MelakaAngkatan Pertahanan Awam Melaka ditubuhkan pada 18...
Sabah
Sejarah & Profil APM Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri SabahAPM Negeri Sabah ditubuhkan pada 30 Oktober 1964...
Kedah
Lokasi & Peta APM Kedah
Pejabat Negeri Pertahanan Awam KedahAlamatTingkat 6, Wisma Persekutuan, 05000 Alor Setar, Kedah...
Sabah
Lokasi & Peta APM Sabah
Pejabat Pertahanan Awam Negeri SabahAlamatTingkat 6, Rumah Persekutuan, Peti Surat No. 11193,...