Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam

Sertai APM

Sertai Kami — berkhidmat untuk negara bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sukarelawan Pertahanan Awam

Orang awam yang ingin mendaftar sebagai anggota Sukarelawan Pertahanan Awam, boleh berurusan di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang berdekatan. Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman. Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana, operasi menyelamat dan tugasan pejabat. Melatih seramai mungkin orang awam mengenai ilmu Pertahanan Awam.

Syarat-syarat Menjadi Ahli

1

Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas

2

Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal

3

Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR

4

Tidak menyertai badan beruniform yang lain

5

Berminat menjalankan tugas secara sukarela

Faedah Menyertai Anggota

Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
Belajar tatacara berpakaian seragam
Dapat belajar seni mempertahankan diri
Dapat belajar membaca peta dan kompas
Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
Dapat belajar asas kebombaan
Dapat belajar asas menyelamat
Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik untuk situasi kemalangan

Cara Memohon

Anda mempunyai apa yang kami cari?

1

Hubungi PDPA terdekat

Sila hubungi Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) yang terdekat.

2

Daftar sebagai anggota sukarelawan

Sebarang pertanyaan tentang Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam, Sila hubungi Bahagian Pengurusan Angkatan

Kerjaya Perkhidmatan Awam

Pelantikan anggota dan pegawai APM sebagai penjawat awam dibuat secara berpusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan hendaklah dibuat melalui portal rasmi SPA, bukan melalui APM.

Hubungi

Bahagian Pengurusan Angkatan

Sebarang pertanyaan mengenai Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam.

Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA)

Hadir ke mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang berdekatan untuk mendaftar.