• #KAWALAN

    RIBUT TROPIKA SENYAR: KERAJAAN AKTIFKAN OPERASI DI SEMUA NEGERI, LEBIH 2,000 ANGGOTA DIGERAKKAN

    PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah mengaktifkan sepenuhnya Pusat Kawalan Operasi Negeri di 14 negeri serta 198 Pusat Kawalan Operasi Daerah, susulan perkembangan Ribut Tropika Senyar yang mendarat di kawasan pantai antara Selangor dan Negeri Sembilan, pada 12.30 tengah malam tadi.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun ribut itu telah diturunkan taraf kepada sistem bertekanan rendah, penumpuan angin masih berpotensi membawa hujan berterusan di banyak kawasan di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 24 jam akan datang.

    “Langkah ini membolehkan setiap perkembangan dan keperluan di lapangan ditangani dalam masa sebenar oleh agensi pengurusan bencana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ahmad Zahid berkata APM telah menggerakkan lebih 2,000 anggota untuk rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko tinggi mengalami banjir, ribut serta ombak kuat di pesisir pantai.

    Aset-aset penting termasuk bot penyelamat, ambulans, kenderaan pacuan empat roda, generator, pam air mudah alih dan dron pemantauan turut dikerah bagi memastikan operasi menyelamat, pemindahan dan bantuan kecemasan dapat dilaksanakan segera.

    Ahmad Zahid turut mengingatkan penduduk di kawasan terjejas dan kawasan berisiko supaya sentiasa mengikuti amaran rasmi MetMalaysia, NADMA, APM dan pihak berkuasa serta mematuhi arahan pemindahan jika diarahkan.

    “Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak aktiviti laut dan kawasan pesisir susulan angin kencang serta ombak tinggi, di samping memastikan beg kecemasan sentiasa tersedia dan dokumen penting disimpan di tempat selamat.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2496426

    Dipetik daripada akhbar:
    BERNAMA

    Zahid Hamidi
    Jabatan Perdana Menteri

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid03m323RPmmLeKpr8EYnLFf6MzQQcw1vQDg6cPzXbZhSfidqEdHSHyYnBsxhTQv8V8l
    #KAWALAN RIBUT TROPIKA SENYAR: KERAJAAN AKTIFKAN OPERASI DI SEMUA NEGERI, LEBIH 2,000 ANGGOTA DIGERAKKAN PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah mengaktifkan sepenuhnya Pusat Kawalan Operasi Negeri di 14 negeri serta 198 Pusat Kawalan Operasi Daerah, susulan perkembangan Ribut Tropika Senyar yang mendarat di kawasan pantai antara Selangor dan Negeri Sembilan, pada 12.30 tengah malam tadi. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun ribut itu telah diturunkan taraf kepada sistem bertekanan rendah, penumpuan angin masih berpotensi membawa hujan berterusan di banyak kawasan di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 24 jam akan datang. “Langkah ini membolehkan setiap perkembangan dan keperluan di lapangan ditangani dalam masa sebenar oleh agensi pengurusan bencana,” katanya dalam kenyataan hari ini. Ahmad Zahid berkata APM telah menggerakkan lebih 2,000 anggota untuk rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko tinggi mengalami banjir, ribut serta ombak kuat di pesisir pantai. Aset-aset penting termasuk bot penyelamat, ambulans, kenderaan pacuan empat roda, generator, pam air mudah alih dan dron pemantauan turut dikerah bagi memastikan operasi menyelamat, pemindahan dan bantuan kecemasan dapat dilaksanakan segera. Ahmad Zahid turut mengingatkan penduduk di kawasan terjejas dan kawasan berisiko supaya sentiasa mengikuti amaran rasmi MetMalaysia, NADMA, APM dan pihak berkuasa serta mematuhi arahan pemindahan jika diarahkan. “Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak aktiviti laut dan kawasan pesisir susulan angin kencang serta ombak tinggi, di samping memastikan beg kecemasan sentiasa tersedia dan dokumen penting disimpan di tempat selamat. Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2496426 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Zahid Hamidi Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid03m323RPmmLeKpr8EYnLFf6MzQQcw1vQDg6cPzXbZhSfidqEdHSHyYnBsxhTQv8V8l
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #KAWALAN

    RIBUT TROPIKA SENYAR: KERAJAAN AKTIFKAN OPERASI DI SEMUA NEGERI, LEBIH 2,000 ANGGOTA DIGERAKKAN

    PUTRAJAYA - Kerajaan telah mengaktifkan sepenuhnya Pusat Kawalan Operasi Negeri di 14 negeri serta 198 Pusat Kawalan Operasi Daerah, susulan perkembangan Ribut Tropika Senyar yang mendarat di kawasan pantai antara Selangor dan Negeri Sembilan, pada 12.30 tengah malam tadi.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun ribut itu telah diturunkan taraf kepada sistem bertekanan rendah, penumpuan angin masih berpotensi membawa hujan berterusan di banyak kawasan di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 24 jam akan datang.

    Ahmad Zahid berkata, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), beliau telah menerima taklimat menyeluruh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenai impak cuaca terhadap rakyat serta infrastruktur kritikal.

    Beliau berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana di peringkat negeri dan daerah turut dibuka bagi memastikan koordinasi operasi, pemindahan mangsa dan penyampaian maklumat dapat dilakukan tanpa kelewatan.

    "Langkah ini membolehkan setiap perkembangan dan keperluan di lapangan ditangani dalam masa sebenar oleh agensi pengurusan bencana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ahmad Zahid berkata, APM telah menggerakkan lebih 2,000 anggota untuk rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko tinggi mengalami banjir, ribut serta ombak kuat di pesisir pantai.

    Aset-aset penting termasuk bot penyelamat, ambulans, kenderaan pacuan empat roda, generator, pam air mudah alih dan dron pemantauan turut dikerah bagi memastikan operasi menyelamat, pemindahan dan bantuan kecemasan dapat dilaksanakan segera.

    "Kerajaan turut menekankan kebajikan mangsa dan petugas bencana dengan menyediakan 30,300 pek makanan retort, sebanyak 88,701 unit C-Tent serta 31,480 kot makanan mangsa sebagai stok kecemasan awal di lokasi telah dikenal pasti,” katanya.

    Ahmad Zahid turut mengingatkan penduduk di kawasan terjejas dan kawasan berisiko supaya sentiasa mengikuti amaran rasmi MetMalaysia, Nadma, APM dan pihak berkuasa serta mematuhi arahan pemindahan jika diarahkan.

    "Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak aktiviti laut dan kawasan pesisir susulan angin kencang serta ombak tinggi, di samping memastikan beg kecemasan sentiasa tersedia dan dokumen penting disimpan di tempat selamat.

    "Saya juga menegaskan agar masyarakat tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan atau panik,” katanya.

    Beliau berkata, kerajaan akan terus memantau rapi situasi tersebut dan memastikan semua agensi berada dalam tahap kesiapsiagaan sepenuhnya.

    "Saya sendiri akan mengikuti perkembangan secara langsung dan memastikan segala bantuan serta tindakan yang diperlukan dapat dilaksanakan dengan pantas demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.sinarharian.com.my/article/758514/berita/nasional/ribut-tropika-senyar-kerajaan-aktifkan-operasi-di-semua-negeri-lebih-2000-anggota-digerakkan

    Dipetik daripada akhbar:
    Sinar Harian

    Zahid Hamidi
    Jabatan Perdana Menteri

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0CDcD33JVqjR7SdDG7Y7wsq6jHPSnpZVUsVW76XgJ5EdZ2LKtQdFSWuwxXyL4vdEml
    #KAWALAN RIBUT TROPIKA SENYAR: KERAJAAN AKTIFKAN OPERASI DI SEMUA NEGERI, LEBIH 2,000 ANGGOTA DIGERAKKAN PUTRAJAYA - Kerajaan telah mengaktifkan sepenuhnya Pusat Kawalan Operasi Negeri di 14 negeri serta 198 Pusat Kawalan Operasi Daerah, susulan perkembangan Ribut Tropika Senyar yang mendarat di kawasan pantai antara Selangor dan Negeri Sembilan, pada 12.30 tengah malam tadi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun ribut itu telah diturunkan taraf kepada sistem bertekanan rendah, penumpuan angin masih berpotensi membawa hujan berterusan di banyak kawasan di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 24 jam akan datang. Ahmad Zahid berkata, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), beliau telah menerima taklimat menyeluruh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenai impak cuaca terhadap rakyat serta infrastruktur kritikal. Beliau berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana di peringkat negeri dan daerah turut dibuka bagi memastikan koordinasi operasi, pemindahan mangsa dan penyampaian maklumat dapat dilakukan tanpa kelewatan. "Langkah ini membolehkan setiap perkembangan dan keperluan di lapangan ditangani dalam masa sebenar oleh agensi pengurusan bencana,” katanya dalam kenyataan hari ini. Ahmad Zahid berkata, APM telah menggerakkan lebih 2,000 anggota untuk rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko tinggi mengalami banjir, ribut serta ombak kuat di pesisir pantai. Aset-aset penting termasuk bot penyelamat, ambulans, kenderaan pacuan empat roda, generator, pam air mudah alih dan dron pemantauan turut dikerah bagi memastikan operasi menyelamat, pemindahan dan bantuan kecemasan dapat dilaksanakan segera. "Kerajaan turut menekankan kebajikan mangsa dan petugas bencana dengan menyediakan 30,300 pek makanan retort, sebanyak 88,701 unit C-Tent serta 31,480 kot makanan mangsa sebagai stok kecemasan awal di lokasi telah dikenal pasti,” katanya. Ahmad Zahid turut mengingatkan penduduk di kawasan terjejas dan kawasan berisiko supaya sentiasa mengikuti amaran rasmi MetMalaysia, Nadma, APM dan pihak berkuasa serta mematuhi arahan pemindahan jika diarahkan. "Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak aktiviti laut dan kawasan pesisir susulan angin kencang serta ombak tinggi, di samping memastikan beg kecemasan sentiasa tersedia dan dokumen penting disimpan di tempat selamat. "Saya juga menegaskan agar masyarakat tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan atau panik,” katanya. Beliau berkata, kerajaan akan terus memantau rapi situasi tersebut dan memastikan semua agensi berada dalam tahap kesiapsiagaan sepenuhnya. "Saya sendiri akan mengikuti perkembangan secara langsung dan memastikan segala bantuan serta tindakan yang diperlukan dapat dilaksanakan dengan pantas demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/758514/berita/nasional/ribut-tropika-senyar-kerajaan-aktifkan-operasi-di-semua-negeri-lebih-2000-anggota-digerakkan Dipetik daripada akhbar: Sinar Harian Zahid Hamidi Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0CDcD33JVqjR7SdDG7Y7wsq6jHPSnpZVUsVW76XgJ5EdZ2LKtQdFSWuwxXyL4vdEml
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #OPERASI

    RIBUT TROPIKA SENYAR: APM SELANGOR TETAP DALAM KEADAAN SEDIA SEPENUHNYA

    KLANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor tetap berada dalam tahap kesiapsiagaan walaupun selepas Ribut Tropika Senyar yang melanda malam tadi kini melemah kepada tekanan rendah.

    Ini kerana fenomena itu masih membawa hujan berterusan yang dijangka berlarutan sehingga Ahad ini.

    Menurut Pengarah APM Selangor, Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim, sebanyak 638 anggota dikerahkan di sembilan daerah seluruh negeri, dengan sokongan 122 aset darat dan air, termasuk pacuan empat roda, lori pemindahan dan bot operasi.

    Kita telah menggerakkan semua anggota dan aset di lokasi berisiko banjir. Pasukan sokongan dari zon berhampiran turut diaktifkan bagi memastikan operasi berjalan lancar,” katanya dalam sidang media hari ini.

    APM turut mengaktifkan pasukan sokongan melibatkan 47 anggota tambahan serta 50 aset logistik, selain bantuan daripada Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA) yang membabitkan 11 anggota dan 15 pacuan empat roda.

    Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut diaktifkan secara berperingkat, antaranya di Telok Gong, Klang yang menempatkan dua keluarga. PPS baharu juga dibuka di Sepang, dengan angka mangsa masih menunggu pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

    Sehingga kini, daerah Kuala Selangor mencatat PPS tertinggi dengan 11 pusat, diikuti Sabak Bernam, Klang dan Sepang.

    APM menjangkakan risiko banjir meningkat susulan hujan antara 200 hingga 300 milimeter dalam tempoh tiga hari, ditambah fenomena air pasang besar yang boleh melambatkan aliran keluar air.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ribut-tropika-senyar-apm-selangor-tetap-dalam-keadaan-sedia-sepenuhnya-549529

    Dipetik daripada akhbar:
    Astro AWANI

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Negeri Selangor

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ebkVWctoEDDHBchEuo1NLeg5k43fHXQKyfAv1LNiwsAV2P9Py24k8yjweDGgyzQxl
    #OPERASI RIBUT TROPIKA SENYAR: APM SELANGOR TETAP DALAM KEADAAN SEDIA SEPENUHNYA KLANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor tetap berada dalam tahap kesiapsiagaan walaupun selepas Ribut Tropika Senyar yang melanda malam tadi kini melemah kepada tekanan rendah. Ini kerana fenomena itu masih membawa hujan berterusan yang dijangka berlarutan sehingga Ahad ini. Menurut Pengarah APM Selangor, Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim, sebanyak 638 anggota dikerahkan di sembilan daerah seluruh negeri, dengan sokongan 122 aset darat dan air, termasuk pacuan empat roda, lori pemindahan dan bot operasi. Kita telah menggerakkan semua anggota dan aset di lokasi berisiko banjir. Pasukan sokongan dari zon berhampiran turut diaktifkan bagi memastikan operasi berjalan lancar,” katanya dalam sidang media hari ini. APM turut mengaktifkan pasukan sokongan melibatkan 47 anggota tambahan serta 50 aset logistik, selain bantuan daripada Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA) yang membabitkan 11 anggota dan 15 pacuan empat roda. Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut diaktifkan secara berperingkat, antaranya di Telok Gong, Klang yang menempatkan dua keluarga. PPS baharu juga dibuka di Sepang, dengan angka mangsa masih menunggu pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sehingga kini, daerah Kuala Selangor mencatat PPS tertinggi dengan 11 pusat, diikuti Sabak Bernam, Klang dan Sepang. APM menjangkakan risiko banjir meningkat susulan hujan antara 200 hingga 300 milimeter dalam tempoh tiga hari, ditambah fenomena air pasang besar yang boleh melambatkan aliran keluar air. Berita selanjutnya di sini: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ribut-tropika-senyar-apm-selangor-tetap-dalam-keadaan-sedia-sepenuhnya-549529 Dipetik daripada akhbar: Astro AWANI Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Selangor #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ebkVWctoEDDHBchEuo1NLeg5k43fHXQKyfAv1LNiwsAV2P9Py24k8yjweDGgyzQxl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #OPERASI

    APM SEDIA 30,000 KIT MAKANAN, 80,000 KHEMAH UNTUK MANGSA BANJIR

    Shah Alam: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersedia dengan lebih 30,000 kit makanan serta lebih 80,000 unit khemah mudah alih selain aset untuk operasi menyelamat.

    APM dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah mengaktifkan sepenuhnya tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Ribut Tropika Senyar yang dijangka memberi kesan kepada beberapa negeri di Semenanjung Malaysia mulai 27 November hingga hari ini termasuk Selangor.

    "Dari segi penyediaan aset seperti pelbagai jenis bot, trak angkut, kenderaan pacuan empat roda, generator dan pam air mudah alih ditempatkan di lokasi strategik untuk memastikan gerakan bantuan tidak terganggu.

    "Dari segi kebajikan petugas dan mangsa banjir pula, pek makanan sedia dimakan (Retort) untuk petugas barisan hadapan bencana sebanyak 30,300 pek.

    "Khemah mudah alih bencana (C-Tent) disediakan sebanyak 88,701 unit dan kit makanan mangsa disediakan sebanyak 31,480 unit," katanya tadi.

    Menurut APM, pihaknya mengambil beberapa langkah walaupun taraf berkenaan diturunkan ke Sistem Cuaca Tekanan Rendah.

    "Pengaktifan Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) di 14 buah negeri termasuk Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) dan Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) sebanyak 198 bagi menyelaras segala operasi pemantauan, kesiapsiagaan dan respon kecemasan sepanjang tempoh amaran. Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) semua negeri dan daerah turut dibuka.

    "Lebih 2,000 anggota APM membuat rodaan di kawasan berisiko tinggi termasuk di negeri terbabit yang mana pasukan ini dilengkapi peralatan penyelamatan air, bot, ambulans, dron pemantauan serta komunikasi kecemasan.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1293404/apm-sedia-30000-kit-makanan-80000-khemah-untuk-mangsa-banjir

    Dipetik daripada akhbar:
    Harian Metro

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Negeri Selangor

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0bUMQfzH9CvxYSLgbFCwjHUBpa3SXFesuL2T52xvCL3k164Mm3W8KT3zBKdVKYu6cl
    #OPERASI APM SEDIA 30,000 KIT MAKANAN, 80,000 KHEMAH UNTUK MANGSA BANJIR Shah Alam: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersedia dengan lebih 30,000 kit makanan serta lebih 80,000 unit khemah mudah alih selain aset untuk operasi menyelamat. APM dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah mengaktifkan sepenuhnya tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Ribut Tropika Senyar yang dijangka memberi kesan kepada beberapa negeri di Semenanjung Malaysia mulai 27 November hingga hari ini termasuk Selangor. "Dari segi penyediaan aset seperti pelbagai jenis bot, trak angkut, kenderaan pacuan empat roda, generator dan pam air mudah alih ditempatkan di lokasi strategik untuk memastikan gerakan bantuan tidak terganggu. "Dari segi kebajikan petugas dan mangsa banjir pula, pek makanan sedia dimakan (Retort) untuk petugas barisan hadapan bencana sebanyak 30,300 pek. "Khemah mudah alih bencana (C-Tent) disediakan sebanyak 88,701 unit dan kit makanan mangsa disediakan sebanyak 31,480 unit," katanya tadi. Menurut APM, pihaknya mengambil beberapa langkah walaupun taraf berkenaan diturunkan ke Sistem Cuaca Tekanan Rendah. "Pengaktifan Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) di 14 buah negeri termasuk Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) dan Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) sebanyak 198 bagi menyelaras segala operasi pemantauan, kesiapsiagaan dan respon kecemasan sepanjang tempoh amaran. Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) semua negeri dan daerah turut dibuka. "Lebih 2,000 anggota APM membuat rodaan di kawasan berisiko tinggi termasuk di negeri terbabit yang mana pasukan ini dilengkapi peralatan penyelamatan air, bot, ambulans, dron pemantauan serta komunikasi kecemasan. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1293404/apm-sedia-30000-kit-makanan-80000-khemah-untuk-mangsa-banjir Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Selangor #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0bUMQfzH9CvxYSLgbFCwjHUBpa3SXFesuL2T52xvCL3k164Mm3W8KT3zBKdVKYu6cl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #OPERASI

    669 MANGSA DIPINDAHKAN KE PPS DI PAHANG

    KUANTAN – Seramai 669 mangsa daripada 217 keluarga di empat daerah negeri ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dinaiki air.

    Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, daripada jumlah itu Kuantan merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 314 mangsa diikuti Raub seramai 206 mangsa, Lipis, 86 mangsa dan Maran seramai 63 mangsa.

    Kesemua 232 mangsa daripada 79 keluarga di Kuantan dipindahkan ke empat PPS, kesemua 206 mangsa daripada 67 keluarga di Raub dipindahkan ke lapan PPS, 86 mangsa daripada 25 keluarga di Lipis dipindahkan ke lima PPS manakala 63 mangsa di Maran dipindahkan ke dua PPS.

    Pada masa ini pihak APM masih terus melakukan pemantauan dan bersedia membantu memindahkan mangsa,”katanya di sini hari ini.

    Menurutnya, pada masa ini Sungai Telemong di Bentong, Sungai Jelai di Lipis dan Sungai Pahang di Kuala Krau berada pada paras waspada.- KOSMO! ONLINE

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.kosmo.com.my/2025/11/28/669-mangsa-dipindahkan-ke-pps-di-pahang/

    Dipetik daripada akhbar:
    Kosmo Online

    Jabatan Perdana Menteri
    APM Pahang
    Apm Raub Pahang

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid026tm3ZSNb8zUAiqmQzYu7ZfZj34wVRs9VY6U6yjycHUdG5JwePgdi7QFQe8S5hHaZl
    #OPERASI 669 MANGSA DIPINDAHKAN KE PPS DI PAHANG KUANTAN – Seramai 669 mangsa daripada 217 keluarga di empat daerah negeri ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dinaiki air. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, daripada jumlah itu Kuantan merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 314 mangsa diikuti Raub seramai 206 mangsa, Lipis, 86 mangsa dan Maran seramai 63 mangsa. Kesemua 232 mangsa daripada 79 keluarga di Kuantan dipindahkan ke empat PPS, kesemua 206 mangsa daripada 67 keluarga di Raub dipindahkan ke lapan PPS, 86 mangsa daripada 25 keluarga di Lipis dipindahkan ke lima PPS manakala 63 mangsa di Maran dipindahkan ke dua PPS. Pada masa ini pihak APM masih terus melakukan pemantauan dan bersedia membantu memindahkan mangsa,”katanya di sini hari ini. Menurutnya, pada masa ini Sungai Telemong di Bentong, Sungai Jelai di Lipis dan Sungai Pahang di Kuala Krau berada pada paras waspada.- KOSMO! ONLINE Berita selanjutnya di sini: https://www.kosmo.com.my/2025/11/28/669-mangsa-dipindahkan-ke-pps-di-pahang/ Dipetik daripada akhbar: Kosmo Online Jabatan Perdana Menteri APM Pahang Apm Raub Pahang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid026tm3ZSNb8zUAiqmQzYu7ZfZj34wVRs9VY6U6yjycHUdG5JwePgdi7QFQe8S5hHaZl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #KEPIMPINAN

    MESYUARAT PENSTRUKTURAN ORGANISASI TAHUN 2025

    Jumaat, 28 November 2025 - Sekitar sesi mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Bilik Mesyuarat TKPP, Ibu Pejabat Pertahanan Awam.

    Turut hadir, YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM bersama YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA, YS Kol. Bersekutu (PA) Khadijah binti Jusoh, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia IPPA, Lt. Kol. (PA) Mohd Rohaidi Bin Halim, Pegawai Perancangan Dasar Dan Penyelarasan IPPA serta Pegawai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

    Jabatan Perdana Menteri

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI
    *

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02N14ZBeNCNwFPkFxQQCUPXWL3jcxuHpCV4RDbhgRBcxpUH4BhQsLNaEWKPcATWzMyl
    #KEPIMPINAN MESYUARAT PENSTRUKTURAN ORGANISASI TAHUN 2025 Jumaat, 28 November 2025 - Sekitar sesi mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Bilik Mesyuarat TKPP, Ibu Pejabat Pertahanan Awam. Turut hadir, YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM bersama YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA, YS Kol. Bersekutu (PA) Khadijah binti Jusoh, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia IPPA, Lt. Kol. (PA) Mohd Rohaidi Bin Halim, Pegawai Perancangan Dasar Dan Penyelarasan IPPA serta Pegawai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI * --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02N14ZBeNCNwFPkFxQQCUPXWL3jcxuHpCV4RDbhgRBcxpUH4BhQsLNaEWKPcATWzMyl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #KEPRIHATINAN

    APM KUMPUL BARANG KEPERLUAN, BANTU MANGSA BANJIR DI PERLIS

    BUKIT MERTAJAM : Prihatin dengan keperitan yang dialami oleh mangsa banjir di Perlis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang mengambil inisiatif mengumpulkan pelbagai barangan keperluan bernilai RM80,000 untuk disalurkan kepada mereka menerusi Misi Kemanusiaan Skuad Ihsan MADANI.

    Pengarah APM Negeri, Kolonel (PA) Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, kesemua barang tersebut termasuk air minuman, air kotak, lampin pakai buang, kit kebersihan dan makanan kering berjaya dikumpulkan dalam tempoh lima hari sahaja hasil sumbangan individu, pelbagai agensi kerajaan serta syarikat-syarikat korporat.

    “Seperti yang kita sedia maklum, bencana banjir yang menimpa Perlis kali ini lebih kritikal berbanding 15 tahun lalu. Jadi, diharapkan keperluan yang disediakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mangsa banjir di sana.

    “Kita juga menjangkakan ada bantuan susulan selepas ini. Mungkin kita akan hantar anggota untuk melaksanakan misi pembersihan dan gotong-royong selepas air surut,” katanya selepas melancarkan Misi Kemanusiaan Skuad Ihsan Madani anjuran APM Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Berapit di sini, hari ini.

    Lebih 20 individu terdiri daripada anggota APM, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PTDSPT) serta ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai misi berkenaan yang digerakkan hasil kerjasama PTDSPT serta Civil Defense Auxiliary Emergency Response Team (CDA-ERT) Parlimen Bukit Mertajam.

    Dalam perkembangan lain, Lokman Hakim memaklumkan, pihaknya kekal bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan memandangkan keadaan cuaca tidak menentu susulan Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.utusan.com.my/nasional/2025/11/apm-kumpul-barang-keperluan-bantu-mangsa-banjir-di-perlis/

    Dipetik daripada akhbar:
    Utusan Online

    Jabatan Perdana Menteri
    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ZuVNBNLeoXPZ6KXT9ytYtLmfNYvPJN6rLD4mrN1DKK1Wm2xcczdur3oG6EEgjpHKl
    #KEPRIHATINAN APM KUMPUL BARANG KEPERLUAN, BANTU MANGSA BANJIR DI PERLIS BUKIT MERTAJAM : Prihatin dengan keperitan yang dialami oleh mangsa banjir di Perlis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang mengambil inisiatif mengumpulkan pelbagai barangan keperluan bernilai RM80,000 untuk disalurkan kepada mereka menerusi Misi Kemanusiaan Skuad Ihsan MADANI. Pengarah APM Negeri, Kolonel (PA) Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, kesemua barang tersebut termasuk air minuman, air kotak, lampin pakai buang, kit kebersihan dan makanan kering berjaya dikumpulkan dalam tempoh lima hari sahaja hasil sumbangan individu, pelbagai agensi kerajaan serta syarikat-syarikat korporat. “Seperti yang kita sedia maklum, bencana banjir yang menimpa Perlis kali ini lebih kritikal berbanding 15 tahun lalu. Jadi, diharapkan keperluan yang disediakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mangsa banjir di sana. “Kita juga menjangkakan ada bantuan susulan selepas ini. Mungkin kita akan hantar anggota untuk melaksanakan misi pembersihan dan gotong-royong selepas air surut,” katanya selepas melancarkan Misi Kemanusiaan Skuad Ihsan Madani anjuran APM Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Berapit di sini, hari ini. Lebih 20 individu terdiri daripada anggota APM, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PTDSPT) serta ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai misi berkenaan yang digerakkan hasil kerjasama PTDSPT serta Civil Defense Auxiliary Emergency Response Team (CDA-ERT) Parlimen Bukit Mertajam. Dalam perkembangan lain, Lokman Hakim memaklumkan, pihaknya kekal bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan memandangkan keadaan cuaca tidak menentu susulan Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/11/apm-kumpul-barang-keperluan-bantu-mangsa-banjir-di-perlis/ Dipetik daripada akhbar: Utusan Online Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ZuVNBNLeoXPZ6KXT9ytYtLmfNYvPJN6rLD4mrN1DKK1Wm2xcczdur3oG6EEgjpHKl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #KEPRIHATINAN

    APM PULAU PINANG HANTAR SATU KONTENA BARANGAN KEPERLUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PERLIS

    BUKIT MERTAJAM - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang menghantar satu kontena barangan keperluan dalam misi bantuan banjir ke Perlis susulan bencana yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh lebih 15 tahun.

    Pengarah Angkatan APM Pulau Pinang, Kolonel (PA) Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, misi berkenaan dicetus oleh Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Datuk Kamarul Haizal Koderat dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan serta korporat.

    Menurutnya, misi itu sebagai tanda solidariti serta sokongan penduduk SPT kepada mangsa banjir di Perlis yang kini berdepan situasi getir.

    "Walaupun kita tidak dapat turun secara fizikal, barangan bantuan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa yang terkesan.

    "Antara barangan dihantar termasuk 10,000 botol air mineral, air kotak, lampin pakai buang, makanan kering, peralatan kebersihan diri dan pelbagai keperluan lain sesuai situasi banjir," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat pelepasan misi bantuan banjir ke Perlis di pekarangan Masjid Tengah, Jalan Berapit, pada Jumaat.

    Beliau berkata, kesemua barangan keperluan itu hasil sumbangan orang awam serta pihak korporat dianggarkan bernilai RM80,000 dikumpulkan dalam tempoh lima hari sejak Isnin lalu.

    Katanya, misi kali ini melibatkan empat anggota APM yang menyertai konvoi menghantar bantuan bersama kakitangan Pejabat Daerah SPT serta wakil NGO.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.sinarharian.com.my/article/758546/edisi/utara/apm-pulau-pinang-hantar-satu-kontena-barangan-keperluan-untuk-mangsa-banjir-di-perlis

    Dipetik daripada akhbar:
    Sinar Harian

    Jabatan Perdana Menteri
    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02B74eL3MXk1GY3TKFD5jHtz11QerRMnuNcPJGfcgFoA5Vy8y2v5K1i47fhv2nUP6Nl
    #KEPRIHATINAN APM PULAU PINANG HANTAR SATU KONTENA BARANGAN KEPERLUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PERLIS BUKIT MERTAJAM - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang menghantar satu kontena barangan keperluan dalam misi bantuan banjir ke Perlis susulan bencana yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh lebih 15 tahun. Pengarah Angkatan APM Pulau Pinang, Kolonel (PA) Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, misi berkenaan dicetus oleh Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Datuk Kamarul Haizal Koderat dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan serta korporat. Menurutnya, misi itu sebagai tanda solidariti serta sokongan penduduk SPT kepada mangsa banjir di Perlis yang kini berdepan situasi getir. "Walaupun kita tidak dapat turun secara fizikal, barangan bantuan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa yang terkesan. "Antara barangan dihantar termasuk 10,000 botol air mineral, air kotak, lampin pakai buang, makanan kering, peralatan kebersihan diri dan pelbagai keperluan lain sesuai situasi banjir," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat pelepasan misi bantuan banjir ke Perlis di pekarangan Masjid Tengah, Jalan Berapit, pada Jumaat. Beliau berkata, kesemua barangan keperluan itu hasil sumbangan orang awam serta pihak korporat dianggarkan bernilai RM80,000 dikumpulkan dalam tempoh lima hari sejak Isnin lalu. Katanya, misi kali ini melibatkan empat anggota APM yang menyertai konvoi menghantar bantuan bersama kakitangan Pejabat Daerah SPT serta wakil NGO. Berita selanjutnya di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/758546/edisi/utara/apm-pulau-pinang-hantar-satu-kontena-barangan-keperluan-untuk-mangsa-banjir-di-perlis Dipetik daripada akhbar: Sinar Harian Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02B74eL3MXk1GY3TKFD5jHtz11QerRMnuNcPJGfcgFoA5Vy8y2v5K1i47fhv2nUP6Nl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #OPERASI

    BANJIR: 198 PUSAT KAWALAN OPERASI SEMUA NEGERI DIAKTIFKAN

    PUTRAJAYA: Kerajaan mengaktifkan sepenuhnya Pusat Kawalan Operasi Negeri serta 198 Pusat Kawalan Operasi Daerah dan Unit Bagi memastikan kesiapsiagaan menyeluruh di semua negeri susulan situasi banjir ketika ini.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana di peringkat negeri dan daerah turut dibuka bagi memastikan koordinasi operasi respon, pemindahan dan penyampaian maklumat dapat dilakukan tanpa kelewatan.

    Katanya, langkah ini akan memastikan setiap perkembangan dan keperluan di lapangan dapat ditangani dalam masa sebenar oleh agensi-agensi pengurusan bencana.

    Pada masa sama, jelas beliau, Angkatan Pertahanan Awam (APM) juga telah mengerahkan lebih 2,000 anggota untuk melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko tinggi melibatkan banjir, ribut serta ombak kuat di pesisir pantai.

    “Aset-aset penting seperti bot penyelamat, ambulans, kenderaan 4×4, generator, pam air mudah alih dan dron pemantauan turut digerakkan bagi memastikan operasi menyelamat, pemindahan dan bantuan kecemasan dapat dilaksanakan dengan segera apabila diperlukan.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.utusan.com.my/nasional/2025/11/banjir-198-pusat-kawalan-operasi-semua-negeri-diaktifkan/

    Dipetik daripada akhbar:
    Utusan Online

    Jabatan Perdana Menteri

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0k5mcoZ3QoF6PwEZaVs939tBjsXedfWMDos9oynKvEW3KDugeLSdKREwqA5YDv8gZl
    #OPERASI BANJIR: 198 PUSAT KAWALAN OPERASI SEMUA NEGERI DIAKTIFKAN PUTRAJAYA: Kerajaan mengaktifkan sepenuhnya Pusat Kawalan Operasi Negeri serta 198 Pusat Kawalan Operasi Daerah dan Unit Bagi memastikan kesiapsiagaan menyeluruh di semua negeri susulan situasi banjir ketika ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana di peringkat negeri dan daerah turut dibuka bagi memastikan koordinasi operasi respon, pemindahan dan penyampaian maklumat dapat dilakukan tanpa kelewatan. Katanya, langkah ini akan memastikan setiap perkembangan dan keperluan di lapangan dapat ditangani dalam masa sebenar oleh agensi-agensi pengurusan bencana. Pada masa sama, jelas beliau, Angkatan Pertahanan Awam (APM) juga telah mengerahkan lebih 2,000 anggota untuk melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko tinggi melibatkan banjir, ribut serta ombak kuat di pesisir pantai. “Aset-aset penting seperti bot penyelamat, ambulans, kenderaan 4×4, generator, pam air mudah alih dan dron pemantauan turut digerakkan bagi memastikan operasi menyelamat, pemindahan dan bantuan kecemasan dapat dilaksanakan dengan segera apabila diperlukan. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/11/banjir-198-pusat-kawalan-operasi-semua-negeri-diaktifkan/ Dipetik daripada akhbar: Utusan Online Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0k5mcoZ3QoF6PwEZaVs939tBjsXedfWMDos9oynKvEW3KDugeLSdKREwqA5YDv8gZl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews
  • #KAWALAN

    LEBIH 2,000 ANGGOTA APM SIAP SIAGA HADAPI RIBUT TROPIKA SENYAR

    KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Lebih 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi kesan Ribut Tropika Senyar yang melanda sejak semalam.

    APM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) di 14 buah negeri dan 198 Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) bagi menyelaras segala operasi pemantauan, kesiapsiagaan dan respons kecemasan sepanjang tempoh amaran di samping membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di semua negeri dan daerah.

    “Lebih 2,000 anggota berkenaan ditugaskan untuk membuat rondaan di kawasan berisiko tinggi. Pasukan itu dilengkapi peralatan penyelamatan air, bot, ambulans, dron pemantauan serta komunikasi kecemasan,” menurut kenyataan itu.

    Selain itu, APM turut menempatkan pelbagai aset termasuk bot penyelamat, trak angkut, kenderaan pacuan empat roda, generator serta pam air mudah alih di lokasi strategik bagi memastikan operasi bantuan tidak terganggu.

    APM memaklumkan sebanyak 30,300 pek makanan sedia dimakan, 88,701 unit khemah mudah alih bencana serta 31,480 kit makanan disediakan bagi memastikan kebajikan petugas dan mangsa.

    Kenyataan itu memaklumkan, APM turut bekerjasama dengan semua agensi pengurusan bencana bagi memastikan koordinasi menyeluruh meliputi pemindahan, penyelamatan dan pengoperasian pusat pemindahan sementara (PPS).

    “APM turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengikuti perkembangan amaran cuaca rasmi, berpindah apabila diarahkan, mengelakkan kawasan berisiko banjir, menyediakan beg kecemasan serta memastikan dokumen penting disimpan dengan selamat.

    Berita selanjutnya di sini:
    https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2496496

    Dipetik daripada akhbar:
    BERNAMA

    Jabatan Perdana Menteri

    #APMsanasini
    #APM
    #SediaPantasBerintegriti
    #KerajaanMADANI
    #PekaAmaran
    #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
    #MonsunTimurLaut2025
    #Taatsetia
    #MADANIbekerja
    #DekadPlatinumAPM
    #DekadPlatinum221
    #BersamaMalaysiaku
    #RancakkanMADANI

    ---
    Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
    https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02NYdAFT8AWpbmRUZxvDt4zxG3uV1usAdUvGUNGctaAEi6aumpWshJdGXTrtnpWEqKl
    #KAWALAN LEBIH 2,000 ANGGOTA APM SIAP SIAGA HADAPI RIBUT TROPIKA SENYAR KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Lebih 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi kesan Ribut Tropika Senyar yang melanda sejak semalam. APM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) di 14 buah negeri dan 198 Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) bagi menyelaras segala operasi pemantauan, kesiapsiagaan dan respons kecemasan sepanjang tempoh amaran di samping membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di semua negeri dan daerah. “Lebih 2,000 anggota berkenaan ditugaskan untuk membuat rondaan di kawasan berisiko tinggi. Pasukan itu dilengkapi peralatan penyelamatan air, bot, ambulans, dron pemantauan serta komunikasi kecemasan,” menurut kenyataan itu. Selain itu, APM turut menempatkan pelbagai aset termasuk bot penyelamat, trak angkut, kenderaan pacuan empat roda, generator serta pam air mudah alih di lokasi strategik bagi memastikan operasi bantuan tidak terganggu. APM memaklumkan sebanyak 30,300 pek makanan sedia dimakan, 88,701 unit khemah mudah alih bencana serta 31,480 kit makanan disediakan bagi memastikan kebajikan petugas dan mangsa. Kenyataan itu memaklumkan, APM turut bekerjasama dengan semua agensi pengurusan bencana bagi memastikan koordinasi menyeluruh meliputi pemindahan, penyelamatan dan pengoperasian pusat pemindahan sementara (PPS). “APM turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengikuti perkembangan amaran cuaca rasmi, berpindah apabila diarahkan, mengelakkan kawasan berisiko banjir, menyediakan beg kecemasan serta memastikan dokumen penting disimpan dengan selamat. Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2496496 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02NYdAFT8AWpbmRUZxvDt4zxG3uV1usAdUvGUNGctaAEi6aumpWshJdGXTrtnpWEqKl
    0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews